Belasungkawa Allahyarham Bung Moktar Radin | Ikuti Perkembangan Terkini Perjalanan Terakhir di sini
MALAYSIA

Persiapan menghadapi monsun timur laut diperhebatkan - Fahmi

Seth Akmal 05/12/2025 | 12:45 MYT
Fahmi mengingatkan orang ramai untuk mengambil maklum dan membuat perancangan yang bersesuaian bagi menghadapi MTL terutama dalam beberapa hari yang akan datang. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan meningkatkan persiapan menghadapi monsun timur laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga 8 Disember.


Ringkasan AI
  • Kerajaan meningkatkan persediaan menghadapi monsun timur laut (MTL) yang berterusan sehingga 8 Disember.
  • Timbalan Perdana Menteri memberikan taklimat persediaan NADMA semasa mesyuarat jemaah menteri.
  • Orang ramai digesa membuat perancangan bersesuaian menghadapi MTL; jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara berkurangan.


Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah memberikan taklimat tahap persiapan Agensi Peneraju Pengurusan Bencana (NADMA) semasa mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat.

“Datuk Seri Fadillah telah memberi sedikit taklimat tahap persiapan NADMA secara khusus dan bagaimana kita perlu tingkatkan tahap persediaan serta waspada terhadap amaran hujan berterusan,” katanya semasa ditemui pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 di sini hari ini.

Fahmi turut menekankan, orang ramai perlu mengambil maklum dan membuat perancangan yang bersesuaian.

"Orang ramai diingatkan untuk mengambil maklum dan membuat perancangan yang bersesuaian bagi menghadapi MTL terutama dalam beberapa hari yang akan datang," katanya.

Menurut Fahmi, setakat pagi tadi, jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) telah berkurangan kepada 3,147 orang.

Selain itu ujarnya, sebanyak empat PPS telah ditutup, menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang masih beroperasi sebanyak 49 PPS.


#monsun timur laut #mangsa banjir #mati lemas #PPS