MELAKA: Persiapan dan persediaan sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir pada Jumaat ini, berjalan lancar.
Tinjauan Bernama pada sesi raptai malam tadi mendapati kerja-kerja pemasangan pentas utama, khemah untuk tetamu jemputan, tempat duduk penonton, ujian audio serta lain-lain sedang giat dijalankan.
Malah, barisan artis yang terlibat dalam persembahan seperti Shaharuddin Thamby dan artis budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) turut dilihat gigih membuat latihan bagi memberikan persembahan yang terbaik pada sambutan yang julung kalinya diadakan di Semenanjung.
Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka Shahrom Ravin Daram Abdullah berkata persiapan bagi sambutan itu setakat ini berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.
"Pada esok pagi pula, raptai rangka akan dilaksanakan dan pada sebelah malam akan disambung semula dengan sesi raptai," katanya kepada Bernama.
Bagi menampung jumlah kehadiran pengunjung yang dijangka 20,000 orang di lokasi yang terletak di tengah-tengah pusat pelancongan itu, Dataran Pahlawan yang terletak bersebelahan Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan turut akan digunakan dan akan menempatkan skrin gergasi dan sistem audio bagi membolehkan pengunjung mengikuti sambutan secara langsung.
Sambutan Hari Malaysia kali ini turut menampilkan keunikan dengan tema busana era 50-an dan 60-an dipilih bagi meraikan sambutan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022
Para peserta persembahan giat melakukan latihan pesat bagi Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan pada tinjauan di Dataran Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan dekat Banda Hilir, Melaka, 13 Sept 2022. --fotoBERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Raptai penuh Perarakan Panji Yang di-Pertuan Agong lancar
Raptai penuh Perarakan Panji-Panji sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berjalan lancar.
21 jalan utama sekitar Putrajaya ditutup 6 jam mulai 27 Ogos untuk raptai Hari Kebangsaan
Sebanyak 21 jalan utama sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bermula 27 Ogos ini, bagi memberi laluan kepada sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaaan.
10 maut, dua helikopter TLDM bertembung di Lumut
Seramai 10 mangsa maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini.
Raptai istiadat keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah lancar
Raptai istiadat keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong hari ini berjalan lancar.
Empat laluan di Ipoh ditutup sempena raptai dan sambutan Hari Pahlawan
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat dilakukan mengikut keperluan semasa sepanjang sesi raptai program pada 29 dan 30 Julai.
Raptai penuh Istiadat Pembukaan Parlimen ke-15 lancar, ambil kira faktor cuaca
Raptai penuh Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 berjalan lancar hari ini dengan turut mengambil kira faktor cuaca.
Persiapan sambutan Hari Malaysia di Melaka berjalan lancar
Kerja-kerja pemasangan pentas utama, khemah untuk tetamu jemputan, tempat duduk penonton dan ujian audio giat dijalankan.
Hari Kebangsaan: Beberapa jalan di sekitar Kuala Terengganu ditutup
Beberapa jalan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu ditutup secara berperingkat esok dan lusa bagi memberi laluan kepada raptai penuh perbarisan dan sambutan Hari Kebangsaan.
Dua kenderaan Tentera Darat rosak pada raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2022
Tentera Darat memohon maaf susulan dua insiden yang berlaku.
Raptai kedua penghantaran vaksin ke Bintulu berjalan lancar - Aaron Dagang
Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada petugas dalam mengendalikan penerimaan vaksin itu nanti, khasnya melibatkan pedalaman.