awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan Genius lengkapkan peserta dengan pemikiran kritikal, daya kepimpinan

Bernama
Bernama
10/07/2023
15:40 MYT
Persidangan Genius lengkapkan peserta dengan pemikiran kritikal, daya kepimpinan
Dr Rorlinda berkata PGPN juga bercita-cita menggalakkan perubahan yang memberi kesan lebih luas pada skala global dibawa oleh setiap peserta. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Persidangan Genius Model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023 (GMUN '23) telah berjaya melengkapkan pesertanya dengan kemahiran berfikir secara kritis, daya kepimpinan dan kehebatan berucap serta berpemikiran global.
Pengarah Pusat GENIUS@Pintar Negara (PGPN) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Rorlinda Yusof berkata menerusi GMUN '23, pusat berkenaan mempunyai matlamat untuk membangunkan pemimpin dunia yang berbakat dengan pemikiran holistik dan sihat.
Beliau berkata PGPN juga bercita-cita menggalakkan perubahan yang memberi kesan lebih luas pada skala global dibawa oleh setiap peserta.
"GMUN '23 merupakan satu daripada cara pusat ini merealisasikan matlamat tersebut kerana persidangan ini membolehkan peserta melibatkan diri dengan perbincangan yang bermakna dan berbentuk pendidikan berhubung pelbagai isu global.
"Selain itu, penyelesaian yang anda semua telah bahaskan dan cadangkan menjadikan usaha dan perbincangan anda bermakna. Belajar, memimpin dan memberi inspirasi, itu yang menjadi matlamat dan janji kami untuk berkhidmat kepada komuniti MUN (Model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) Malaysia.
"Dalam hal ini, saya percaya kami telah mencapai matlamat kami dan boleh dianggap bahawa persidangan ini satu kejayaan besar," katanya ketika menutup persidangan tiga hari itu di auditorium PGPN semalam.
GMUN '23 yang bermula 7 Julai lepas dengan tema "Beyond Borders: Bridging the Divide" merupakan satu bentuk simulasi dan pertandingan akademik dengan peserta didedahkan kepada kemahiran diplomasi, hubungan antarabangsa, dan pengenalan sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Persidangan itu berjaya menghimpunkan 264 peserta dari institusi, organisasi dan kelab tempatan termasuk 13 peserta antarabangsa.
Objektif persidangan juga untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam pengucapan awam, diplomasi, perundingan, penggubalan dasar dan kepimpinan serta membimbing pelajar untuk berfikiran daripada perspektif global dan golkal.
Ia turut menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis bagi berhadapan dengan dunia sebenar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#GMUN '23
#isu global
#pemikiran holistik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan