MALAYSIA
Persidangan Kamar Khas bermula petang ini
Johari berkata persidangan dijangka berlangsung hingga waktu malam, termasuk sepanjang bulan Ramadan, dengan sesi persidangan dirancang berterusan hingga jam 1 tengah hari tanpa rehat. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bermula Selasa, persidangan Kamar Khas akan diadakan di Dewan Persidangan bagi memberi keselesaan kepada Ahli Parlimen, pegawai, pelawat dan media.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Ahli Parlimen juga digalakkan menjemput pelawat dari kawasan masing-masing untuk melihat sendiri persidangan Kamar Khas sama ada di Parlimen Malaysia ataupun menonton siaran langsung di saluran YouTube Parlimen Malaysia.
"Hal ini disebabkan terdapat isu-isu yang dibangkitkan di Kamar Khas adalah bersifatkan isu setempat di kawasan Parlimen Ahli Yang Berhormat," katanya di Dewan Rakyat, di sini, pada Selasa.
Selain itu, Johari memaklumkan persidangan dijangka berlangsung hingga waktu malam, termasuk sepanjang bulan Ramadan, dengan sesi persidangan dirancang berterusan hingga jam 1 tengah hari tanpa rehat.
Pada masa sama, beliau turut menegaskan tindakan akan diambil terhadap mana-mana Ahli Parlimen yang gagal mematuhi peraturan dan tatacara sepanjang persidangan.
"Saya berharap Ahli Yang Berhormat memegang teguh prinsip kesopanan dan kesusilaan seperti yang diikrarkan tadi apabila berada dalam Dewan yang mulia ini dalam setiap tindakan dan ucapan Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini.
"Di samping itu, Titah Yang di-Pertuan Agong semalam memberi peringatan mengenai peranan Ahli Yang Berhormat.
"Oleh itu, saya sekali lagi mengingatkan Ahli Yang Berhormat untuk sentiasa mematuhi peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Saya dan timbalan akan mengambil tindakan jika Ahli Yang Berhormat tidak mematuhi peraturan Mesyuarat," katanya.
Johari, dalam pada itu, merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang meninggal dunia 5 Disember lalu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Persidangan Kamar Khas di Dewan Persidangan dimulakan pada Selasa bagi keselesaan Ahli Parlimen, pegawai, pelawat, dan media.
- Ahli Parlimen digalakkan menjemput pelawat dari kawasan masing-masing untuk hadir secara langsung atau menonton siaran langsung di saluran YouTube Parlimen Malaysia.
- Persidangan dijangka berterusan hingga malam sepanjang bulan Ramadan, dengan tindakan berat akan diambil terhadap sesiapa yang melanggar peraturan persidangan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Ahli Parlimen juga digalakkan menjemput pelawat dari kawasan masing-masing untuk melihat sendiri persidangan Kamar Khas sama ada di Parlimen Malaysia ataupun menonton siaran langsung di saluran YouTube Parlimen Malaysia.
"Hal ini disebabkan terdapat isu-isu yang dibangkitkan di Kamar Khas adalah bersifatkan isu setempat di kawasan Parlimen Ahli Yang Berhormat," katanya di Dewan Rakyat, di sini, pada Selasa.
Selain itu, Johari memaklumkan persidangan dijangka berlangsung hingga waktu malam, termasuk sepanjang bulan Ramadan, dengan sesi persidangan dirancang berterusan hingga jam 1 tengah hari tanpa rehat.
Pada masa sama, beliau turut menegaskan tindakan akan diambil terhadap mana-mana Ahli Parlimen yang gagal mematuhi peraturan dan tatacara sepanjang persidangan.
"Saya berharap Ahli Yang Berhormat memegang teguh prinsip kesopanan dan kesusilaan seperti yang diikrarkan tadi apabila berada dalam Dewan yang mulia ini dalam setiap tindakan dan ucapan Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini.
"Di samping itu, Titah Yang di-Pertuan Agong semalam memberi peringatan mengenai peranan Ahli Yang Berhormat.
"Oleh itu, saya sekali lagi mengingatkan Ahli Yang Berhormat untuk sentiasa mematuhi peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Saya dan timbalan akan mengambil tindakan jika Ahli Yang Berhormat tidak mematuhi peraturan Mesyuarat," katanya.
Johari, dalam pada itu, merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang meninggal dunia 5 Disember lalu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan diadakan Kamar Khas di Dewan Persidangan bagi Ahli Parlimen?
A: Kamar Khas diadakan bagi memberi keselesaan kepada Ahli Parlimen, pegawai, pelawat, dan media. - Q: Mengapa Ahli Parlimen digalakkan menjemput pelawat dari kawasan masing-masing untuk hadir di persidangan Kamar Khas?
A: Ahli Parlimen digalakkan menjemput pelawat untuk melihat sendiri persidangan Kamar Khas yang membincangkan isu-isu setempat di kawasan Parlimen masing-masing. - Q: Bagaimanakah jadual persidangan Kamar Khas di Dewan Persidangan, termasuk waktu berlangsungnya?
A: Persidangan dijangka berlangsung hingga waktu malam, termasuk sepanjang bulan Ramadan, dengan sesi berterusan sehingga pukul 1 tengah hari tanpa rehat. - Q: Apakah tindakan yang akan diambil terhadap Ahli Parlimen yang gagal mematuhi peraturan dan tatacara semasa persidangan?
A: Yang Dipertua Dewan Rakyat menegaskan tindakan akan diambil terhadap mana-mana Ahli Parlimen yang gagal mematuhi peraturan dan tatacara sepanjang persidangan. - Q: Apakah pesanan dan amaran yang diberikan kepada Ahli Parlimen berkenaan kesopanan dan kesusilaan semasa persidangan?
A: Ahli Parlimen diminta untuk mematuhi prinsip kesopanan dan kesusilaan serta peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dengan amaran bahawa tindakan akan diambil jika tidak mematuhi peraturan tersebut.