awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan bantu B40 jana pendapatan melalui aktiviti pertanian

Bernama
Bernama
06/08/2023
21:00 MYT
Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan bantu B40 jana pendapatan melalui aktiviti pertanian
Mohd Roslan berkata, penganjuran PKPK 2023 adalah sejajar dengan hasrat universiti untuk mengukuhkan agenda sekuriti makanan negara menerusi penglibatan universiti bersama komuniti. - Foto BERNAMA
SERDANG: Fakulti Pertanian Universiti Putra (UPM) menganjurkan Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan 2023 (PKPK 2023) bertujuan membantu komuniti kategori B40 untuk menjana pendapatan melalui aktiviti pertanian.
Naib Canselor UPM Profesor Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata PKPK 2023 yang diadakan buat julung kali selama dua hari bermula Sabtu merupakan platform antara pihak UPM dan kira-kira 3,000 peserta untuk bersama-sama bertemu, berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman dan ilmu bagi memperkasakan aktiviti pertanian.
"Penganjuran PKPK 2023 adalah sejajar dengan hasrat universiti untuk mengukuhkan agenda sekuriti makanan negara menerusi penglibatan universiti bersama komuniti.
"Pemindahan ilmu oleh pakar UPM dapat membantu komuniti kategori B40 untuk menjana pendapatan sampingan melalui aktiviti pertanian serta membantu negara dalam meningkatkan sekuriti makanan di Malaysia," katanya kepada Bernama selepas Majlis Penutupan PKPK 2023, di sini pada Ahad.
Beliau berkata selain berkongsi ilmu tanaman, para peserta juga diajar untuk menghasilkan produk yang boleh dikomersialkan.
"Selain itu, melalui persidangan ini juga para peserta berkongsi pengalaman mereka berkenaan masalah yang dihadapi dalam aktiviti pertanian, dan kami di UPM sebagai perantara mencari bentuk praktis terbaik untuk sesuatu masalah," katanya.
Mohd Roslan berkata PKPK 2023 juga berjaya mencipta kejayaan dengan menerima sijil pengiktifaran daripada Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai The First National Community Farming Conference.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan
#PPK 2023
#golongan B40
#UPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan