MASYARAKAT Cina di seluruh dunia menyambut Tahun Baru mereka pada hari ini mengikut kalendar Lunar dan tahun ini monyet mengambil alih dengan membawa pelbagai sifat serta ramalan, yang mempengaruhi pelbagai perkara dalam kehidupan.

Khususnya sewaktu musim perayaan sebegini, sebagai rakyat majmuk Malaysia yang harmoni dan saling ingin tahu, apa kata kita luangkan sedikit masa mengenali kepercayaan masyarakat Cina.

Hanya 5 minit, pengalaman merentas budaya melalui paparan infografik ini tentunya suatu pengisian yang menarik.

Pasti ada yang mencuit perhatian apabila bercakap tentang personaliti watak monyet dalam horoskop Cina, selain mengetahui tentang signifikasi jamuan 'Makan Besar', tarian naga, sampul wang dan warna merah.

Selamat Tahun Baru Cina!

Tahun Monyet