MALAYSIA
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Seramai 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan SARA pusingan kedua sebanyak RM100 pada pertengahan Februari 2026. - Gambar fail/Bernama
SUBANG JAYA: Dengan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan tamat tempoh penebusan pada 31 Disember, insentif kerajaan ini dilihat membantu mengangkat sedikit beban rakyat, khususnya dalam mendepani tekanan kos sara hidup.
Ringkasan AI
Sejak diperkenalkan pada 31 Ogos 2025, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM15 bilion bagi pelaksanaan SARA, dengan lebih 20 juta rakyat Malaysia menerima manfaat daripada bantuan berkenaan.
Pensyarah, Huda Omar, 34, berkata bantuan SARA amat dialu-alukan untuk membeli barangan dapur terutamanya ketika keadaan kewangan sempit pada penghujung bulan menunggu gaji masuk.
"Bagi saya cukup, terutama pada penghujung bulan, bila gaji belum masuk lagi dan kita perlu beli barang-barang dapur, waktu itu sangat membantu RM100 ini," ujarnya ketika ditemui Astro AWANI di pasar raya MYDIN, di sini pada Khamis.
Sementara itu, pesara syarikat swasta, Mariapan Muthiayah, 77, berkata bantuan SARA dimanfaatkan sepenuhnya untuk membeli keperluan rumah.
"Saya beli barang-barang untuk rumah, macam beras, susu tepung, pencuci kain semua, barangan kering untuk bekalan sebulan," ujar Mariapan.
Namun begitu, terdapat penerima yang berpandangan jumlah bantuan SARA masih belum mencukupi, mengambil kira peningkatan harga barangan keperluan harian.
Jurujual, Mohd Helme M Nor, 53, berkata RM100 disifatkan sekelip mata habis untuk membeli barang keperluan asas seperti beras dan minyak masak, justeru mengharapkan jumlah bantuan SARA dapat ditambah, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.
"RM100 kalau ikut keperluan semasa memang tak cukup, kalau kita ambil beras pun dah RM30 lebih. Belum yang lain-lain lagi, kalau kita tambah barangan seperti minyak masak sudah RM70. Harap bantuan SARA ditambah sikit bagi golongan yang susah ini," kata Helme.
"Sekarang barang semua banyak mahal, kita beli tiga barang, RM100 sudah habis. Tambah sikit lagi bantuan SARA kita akan lebih gembira," ujar Mariapan.
Selain jumlah bantuan, penerima turut mencadangkan agar kategori barangan di bawah SARA diperluaskan supaya meliputi barangan basah seperti ayam, sayur-sayuran dan bahan mentah dapur.
"Saya cadangkan untuk perluas penggunaan RM100 itu sebab kebanyakan barangan kering, kadang-kadang kita sudah ada dan simpan lama.
"Saya rasa barangan mentah perlu diberikan keutamaan, tetapi saya faham kesukarannya kerana berlainan harga. Kalau boleh dibuat, lebih bagus," kata Huda Omar.
Penerima juga mengharapkan peluasan lokasi penebusan bantuan SARA supaya memberi lebih fleksibiliti kepada rakyat untuk berbelanja di kedai berhampiran kediaman masing-masing.
Seramai 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan SARA pusingan kedua sebanyak RM100 pada pertengahan Februari 2026, bagi membantu persiapan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.
Ringkasan AI
- Program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan tamat tempoh pada 31 Disember, dengan RM15 bilion diperuntukkan oleh kerajaan sejak 31 Ogos 2025, memberi manfaat kepada lebih 20 juta rakyat Malaysia dalam mengatasi kos sara hidup.
- Penerima bantuan SARA seperti Huda Omar dan Mariapan Muthiayah menganggap sumbangan sebanyak RM100 membantu dalam membeli barangan dapur dan keperluan rumah, namun ada yang berpendapat jumlah bantuan masih kurang disebabkan kenaikan harga barangan harian.
- Cadangan diberikan oleh penerima termasuk untuk menambah jumlah bantuan SARA, meluaskan kategori barangan termasuk barangan basah, serta memperluas lokasi penebusan bantuan bagi memberi lebih fleksibiliti kepada rakyat dalam penggunaan bantuan tersebut.