PENYANYI dan pelakon Ayda Jebat mengaku dirinya berasa gementar ketika memainkan watak Laila Safitri dalam filem arahan Osman Ali, Pinjamkan Hatiku.
Filem terbitan Aurawhite Global Sdn Bhd itu merupakan penampilan sulung Ayda memegang watak utama di layar perak.
"Saya akui perasaan gemuruh dan gementar itu ada. Lakonan dalam filem berbeza dengan drama bersiri atau telefilem. Saya harus memberikan hasil kerja terbaik demi peminat.
"Watak Laila Safitri agak mencabar untuk saya bawakan. Laila menunjukkan permainan emosi dari awal hingga penghujung cerita. Alhamdulillah, berkat bantuan pengarah, pelakon dan krew produksi, semuanya berjalan lancar," kata Ayda.
Tambah penyanyi lagu "Mata" ini, dia juga berterima kasih kepada aktres otai, Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy yang bertindak sebagai guru lakonan.
"Saya banyak belajar dari Kak Ogy. Dia memberikan saya penjelasan mengenai watak Laila dengan lebih mendalam.
"Kedudukan Kak Ogy sebagai pelakon berpengalaman memang banyak mengajar saya. Kelas lakonan selama dua minggu memang sangat bernilai dan saya amat menghargainya," katanya lagi.
Selain Ayda, filem Pinjamkan Hatiku turut dijayakan oleh Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lia Natalia dan ramai lagi.
Filem ini bakal menemui penonton bermula 30 November ini di pawagam seluruh negara.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Ayda Jebat
Gempak
Sat Nov 25 2017
Ayda Jebat mengaku dirinya berasa gementar ketika memainkan watak Laila Safitri dalam filem arahan Osman Ali, Pinjamkan Hatiku.
Johari belum terima notis kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen
Johari belum menerima sebarang notis rasmi daripada mana-mana pihak, berhubung kekosongan kerusi membabitkan enam Ahli Parlimen Bersatu yang digugurkan keahlian mereka dalam parti, baru-baru ini.
AWANI Borneo [07/06/2024] - #KamiMahuAir Sabah | Tiada arahan untuk bakar | Antara yang tercanggih di Asia |
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 7 Jun 2024
- Enam memorandum tuntutan penyelesaian masalah air UMS dan Sabah
- Ada sebab kukuh mengapa rumah haram Bajau Laut di Semporna diroboh
- Lapangan terbang antarabanga baharu di Kuching setaraf Doha
#AWANIBorneo 7 Jun 2024
- Enam memorandum tuntutan penyelesaian masalah air UMS dan Sabah
- Ada sebab kukuh mengapa rumah haram Bajau Laut di Semporna diroboh
- Lapangan terbang antarabanga baharu di Kuching setaraf Doha
Pelajar cemerlang dipelawa sertai TVET, jadikan negara maju contoh - Ahmad Zahid
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang turut dipelawa menyertai kursus-kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Empat sekeluarga maut dalam tanah runtuh di Nusa Tenggara Timur
Empat sekeluarga maut dalam kejadian tanah runtuh di Daerah Ende, Nusa Tenggara Timur, berikutan hujan lebat yang berterusan pada pagi Jumaat.
Malaysia perlu bergerak jadikan TVET pilihan utama lepasan sekolah menengah - Ahmad Zahid
Malaysia perlu bergerak ke arah menjadikan bidang TVET sebagai pilihan utama lepasan sekolah menengah.
EU desak siasatan, PBB kecam serangan Israel terhadap sekolah UNRWA di Gaza
Beliau menyifatkan serangan itu sebagai "satu lagi contoh mengerikan, harga yang dibayar oleh orang awam".
Terbuka Indonesia: Cabaran Zii Jia tersekat di suku akhir
Hasrat Lee Zii Jia untuk mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia tidak kesampaian apabila disekat bintang Thailand, Kunlavut Vitidsarn.
Jasad wira negara Etim Bijam selamat disemadi
Jasad Koperal (B) Etim Bijam disemadikan di Makam Pahlawan Kuching pada tarikh 7 Jun 2024, genap 52 mendiang menerima Pingat Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
Lapangan terbang antarabanga baharu Kuching setaraf Doha
Premier Sarawak, Tan SrI Abang Johari Tun Openg berkatalapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bakal menjadi antara yang tercanggih di asia dari sudut pelaksanaan teknologi.
Tindakan roboh rumah demi kedaulatan negara
Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos menegaskan tindakan merobohkan kediaman haram itu dilakukan demi kedaulatan negara dan memastikan tiada pencerobohan di kawasan sempadan perairan negara.
Pertama kali bintangi filem, Ayda Jebat mengaku gementar
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengakui dirinya rasa gementar ketika memainkan watak Laila Safitri dalam filem arahan Osman Ali, Pinjamkan Hatiku.