Kerajaan Kelantan menerusi Urusetia Belia dan Sukan negeri akan mengekalkan konsep pertandingan bina badan yang dinamakan Mr Awang Selamat Kelantan 2019 bertemakan badan cantik patuh syariah pada 12 Oktober depan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Hamat berkata, tidak sebagaimana pertandingan bina badan biasa, pertandingan itu akan menonjolkan para peserta berseluar panjang melebihi paras lutut dan bahagian pusat ditutup dengan kain selendang dan bertanjak di kepala.
Wan Roslan berkata, pihaknya menetapkan garis panduan dalam cara berpakaian sejak pertandingan itu pertama kali diadakan pada 2016
"Pertandingan ini mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Awang Selamat Kelantan (PASAK) dengan enam kategori iaitu; Mr Awang Selamat Kelantan Bakat Baru (Tertutup), Mr Awang Selamat Kelantan PASAK (Tertutup), Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup) 70 kg ke bawah, Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup) 70 Kg ke atas.
"Selain itu, ada juga kategori terbuka iaitu; Mr Awang Selamat Kelantan (Terbuka) 70 Kg ke bawah dan Mr Awang Selamat (Terbuka) 70 Kg ke atas," katanya semasa sidang media di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.
Wan Roslan berkata, setakat ini seramai 110 peserta telahpun mendaftar termasuk dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dari beberapa negeri iaitu Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu dan menambah penyertaan masih dibuka sehngga pada hari pertandingan. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 17 2019

Konsep pertandingan bina badan yang dinamakan Mr Awang Selamat Kelantan 2019 bertemakan badan cantik patuh syariah akan berlangsung pada 12 Oktober depan. - Gambar media sosial

Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama.

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

ASN 2021: Buda Anchah tidak sangka tersenarai rebut anugerah Olahragawan Kebangsaan
Buda Anchah tidak sangka akan tersenarai dalam perebutan gelaran Olahragawan Kebangsaan menjelang Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021.

Pemergian Boon Leong kehilangan besar buat sukan bina badan negara
Arena sukan tanah air hari ini dikejutkan dengan pemergian tokoh sukan bina badan negara Datuk Dr Gan Boon Leong pada usia 84 tahun awal pagi tadi.

'Bapa sukan bina badan negara' Gan Boon Leong meninggal dunia
Atlet yang mendapat julukan sebagai 'Bapa Sukan Bina Badan Negara' Datuk Gan Boon Leong, 84, meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi tadi akibat lemah jantung.

Syarul Mahen optimis pertahan gelaran Mr Asia di Maldives
Bertanding selaku juara bertahan pastinya beliau akan memperagakan aksi yang terbaik untuk pulang dengan kejayaan.

Sukan SEA Hanoi: Kem bina badan negara tambah dua pingat perak
Skuad bina badan negara terus menampilkan prestasi membanggakan apabila menyumbang dua pingat perak dan dua gangsa pada Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Bina badan sumbang dua pingat
Atlet bina badan menyumbang dua pingat iaitu satu perak dan satu gangsa, pada temasya Sukan SEA ke-31 di sini, selepas sembilan tahun sukan itu tidak dipertandingkan.

Agi idup agi ngelaban! Saya tunggu masa naik pentas Sukan SEA - Malvern
Pemenang pingat perak Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia itu akan berentap dalam dua kategori iaitu bawah 65 kilogram (kg) dan kategori campuran bersama atlet dari Sabah, Meilaura Dora.

Mike taruhan skuad bina badan raih emas di Hanoi
Mohd Syarul yang lebih mesra dengan panggilan Mike akan turun bertanding memburu pingat emas acara 'Men's Athletics Physique'.

Tokyo 2020: Atlet bola tampar mengaku tidak bersalah selepas positif doping
Tandara berkata, dia tidak sengaja mengambil Ostarina, ubat yang digunakan oleh atlet bina badan dan untuk meningkatkan prestasi.

Syarul tenang atur perancangan hadapi tiga kejohanan penting
Atlet berusia 48 tahun itu menggunakan penggalamannya untuk kekal disiplin dan memantau kualiti ototnya tanpa memasuki gelembung sukan.