awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertandingan Ketua Pemuda tidak timbulkan perpecahan - KJ

Bernama
Bernama
21/09/2013
04:21 MYT
Pertandingan Ketua Pemuda tidak timbulkan perpecahan - KJ
Pertandingan bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti bulan depan tidak akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan anggota pergerakan itu hasil perpaduan kukuh yang terbina sejak dahulu lagi, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Menteri Belia dan Sukan itu juga percaya anggota pergerakan itu bijak memilih serta amat memahami prinsip demokrasi dalam Umno dan tidak sama sekali terpengaruh dengan anasir negatif yang dapat menjejaskan persaingan sihat bagi jawatan itu.
"Saya rasa tak kot (berpecah), pada penggal lepas saya tanding dan lawan bekas menteri besar dan exco Pemuda, masih kukuh (perpaduan Pemuda Umno), walaupun saya hormati sesiapa sahaja yang tampil ke depan untuk bertanding saya lihat dan rasa pertandingan jauh berbeza daripada 2008," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa 2013 Piala Timbalan Perdana Menteri Edisi Ke-4 di Bandar hilir di sini, malam tadi.
Kejohanan lima hari yang berakhir semalam disertai lebih 700 peserta dari dalam dan luar negara. Pasukan Malaysia A muncul juara kategori antarabangsa manakala Kolej Komuniti Pahang juara kategori institusi pengajian tinggi.
Pertandingan jawatan itu dijangka menyaksikan pertandingan antara Khairy; anak bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Sanusi Junid, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi; dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali.
Khairy mengalu-alukan sesiapa sahaja yang bertanding untuk jawatan itu atas dasar keterbukaan parti dan tidak khuatir tentang peluangnya kerana percaya perwakilan Pemuda Umno seluruh negara bijak memilih pemimpin terbaik menerajui sayap Umno itu.
Ditanya apakah visi dan misi beliau sekiranya dipilih semula memegang jawatan itu, beliau akan bekerja keras dalam usaha menarik sokongan lebih banyak generasi muda kepada parti keramat orang Melayu itu.
"Umno ini kekuatannya ada pada generasi muda Melayu, begitu juga pada pilihan raya akan datang kekuatannya datang daripada pengundi muda Melayu yang perlu kita tarik dan yakinkan bahawa hanya Umno yang dapat membela nasib orang Melayu," katanya
Topic Berkaitan
#ketua pemuda
#KHAIRY
#Pemilihan UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan