Penganjuran Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2017 mampu melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam kalangan pelajar terutamanya dalam bidang inovasi sains dan teknologi.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata kelangsungan pelapis yang pakar dalam bidang inovasi penting kerana ia merupakan satu daripada pelonjak utama dalam memacu Malaysia menjadi negara ekonomi utama dunia.
"Dulu mungkin bidang invasi robot ini tidak penting, tetapi budaya cintakan sains ini perlu diberikan penekanan lebih sekiranya kita mahu melahirkan lebih banyak pakar sains yang baharu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah bagi pertandingan itu, di sini, pada Ahad.
Sebanyak 25 institusi pengajian tinggi awam dan swasta menyertai pertandingan robotik yang memerlukan peserta menghasilkan robot berkeupayaan bertempur di gelanggang khas.
Pasukan 'Adtec B' dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka muncul johan bagi edisi kali ini manakala kumpulan 'KKTMPJ' dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Petaling Jaya dan kumpulan 'Adtec A' masing-masing merangkul tempat kedua dan ketiga.
Abu Bakar berkata pertandingan itu juga bertujuan meningkatkan persepsi positif masyarakat terutamanya pelajar agar lebih berkeyakinan memilih bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai kerjaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2017

Abu Bakar (berdiri, tengah) bergambar dengan peserta selepas menyampaikan replika cek kepada pemenang perlawanan Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2017 di Pusat Sains Negara. - Foto Bernama

UK gantung rundingan perdagangan bebas dengan Israel, kecam krisis Gaza sebagai “keji”
Setiausaha Luar, David Lammy menggambarkan kempen ketenteraan Israel yang berterusan sebagai "berbahaya, menjijikkan dan kejam."

Singapura desak gencatan senjata serta-merta dan bantuan disambung semula ke Gaza
Republik itu secara konsisten menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik supaya mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan.

Melaka komited perkasa wakaf pendidikan
Melaka komited untuk memperkasakan wakaf pendidikan dalam usaha meningkatkan akses kepada kemudahan pendidikan berkualiti.

MITI bekerja keras tarik lebih banyak pelaburan berkualiti - Tengku Zafrul
Ramai pelabur dari dalam dan juga luar negara yakin dengan potensi Malaysia dan meneruskan projek mereka di negara ini.

Sepanyol desak EU kenakan sekatan ke atas Israel susulan 'kebuluran ciptaan manusia' di Gaza
Jose Manuel Albares berkata EU mesti menggunakan "semua instrumen yang ada" bagi memberikan tekanan diplomatik maksimum ke atas Israel.

ASEAN, rakan dialog komited sokong sistem dagangan multilateral berasaskan peraturan - MITI
Galakkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang boleh diramal, telus, bebas, adil, inklusif, mampan, tanpa diskriminasi dan terbuka.

Hampir 200,000 terjejas akibat banjir di selatan Filipina
Hujan tanpa henti telah menyebabkan banjir di 98 kawasan melibatkan 11 bandar dalam wilayah di pulau Mindanao.

Penglibatan masyarakat, pembentukan karakter penting selesai isu sosial - Fadhlina
Isu sosial seperti perkahwinan kanak-kanak, kehamilan remaja tidak dapat diselesaikan tanpa penglibatan aktif masyarakat.

USM perkasa industri madu kelulut menerusi kajian klinikal dan kerjasama strategik
USM memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan industri madu kelulut negara.
PM Anwar terima tabik hormat daripada 31 kapal pada acara Fleet Review
Beliau yang sebelum itu merasmikan upacara pembukaan sektor maritim LIMA'25 disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain di atas Kapal Diraja (KD) Perantau yang merupakan sebagai platform utama acara tersebut.

Pertandingan robot tempur platform lahirkan pakar muda dalam bidang inovasi
Penganjuran Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2017 mampu melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam kalangan pelajar.

Jumlah pelajar ikuti program sains, teknologi di IPT berkurangan
Jumlah pelajar yang mengikuti program dalam bidang sains dan teknologi di IPT di negara ini berkurangan.

Rakyat Malaysia perlu sokong dan hargai inovasi termpatan - Abu Bakar
Rakyat di negara ini diseru supaya menyokong dan menghargai inovasi anak tempatan bagi membolehkan pertumbuhan bidang itu dapat terus dipacu pada masa akan datang.

Teknologi FMA kurangkan 20 peratus kos naik taraf jalan raya - MOSTI
MOSTI memperkenalkan teknologi 'Fibre Mastic Asphalt' (FMA) yang mampu mengurangkan antara 15 dan 20 peratus kos menaik taraf jalan raya di negara ini.

Mosti nafi dakwaan salah guna dana geran R&D RM1.152 bilion
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menafikan dakwaan berlaku salahguna dana geran berjumlah RM1.152 bilion.