awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC
Lebih 200 terbunuh dalam serangan bermotif etnik di Darfur, Sudan
Retorik perkauman, antipendatang dorong doktor asing tinggalkan UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertandingan seni UTH rai 25 tahun, angkat 21 karya warisan budaya

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2025
14:44 MYT
Pertandingan seni UTH rai 25 tahun, angkat 21 karya warisan budaya
Pertandingan ini diasaskan oleh mendiang Ananda Krishnan dan kini menjadi antara platform seni tertua di Malaysia yang komited memelihara warisan budaya melalui seni visual. - Facebook Faculty of Fine Art - Aswara
KUALA LUMPUR: Pertandingan Seni Usaha Tegas Heritage (UTH) meraikan ulang tahun ke-25 dengan mengiktiraf 21 karya terbaik yang menampilkan kepelbagaian warisan budaya tidak ketara Malaysia dalam lima kategori utama.
Pengerusi UTH, Henry Tan berkata pertandingan ini telah menampilkan ribuan karya sepanjang 25 tahun penganjurannya serta menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk menghargai dan meneruskan legasi warisan negara.
“Kita telah menyaksikan lukisan menakjubkan tentang deretan kedai lama, gambaran terperinci tarian tradisional, potret berkuasa tentang penggiat kraftangan dan artifak, para peniaga di pasar, serta kisah visual yang menyentuh hati, sebuah penghormatan kepada kreativiti dan imaginasi.
"Namun apa yang menjadikan pertandingan ini lebih bermakna bukan sekadar karya seni itu sendiri, tetapi semangat di sebaliknya, keinginan untuk memelihara sesuatu yang berharga, untuk menceritakan kisah yang merentasi generasi, dan untuk menzahirkan rasa bangga tentang makna menjadi rakyat Malaysia,” kata Henry Tan dalam ucapannya.
Edisi 2025 menerima 224 penyertaan daripada 26 institusi pendidikan, dengan setiap karya mengetengahkan tafsiran unik mengenai folklore, adat, makanan, kraf dan tradisi penceritaan.
Pemenang utama bagi setiap kategori ialah Oon Zheng Yeow (USM) melalui “Blessings in Pink” bagi kategori Arang/Dakwat/Pensil; Jonsen Choong Zhe Yi (INTI Penang) melalui “The Press Before the Printing Press” bagi kategori Aquarel; Ivy Thor (Equator College) dengan “Hide and Seek with Fisherman” bagi kategori Minyak/Akrilik; Nasrin Nadhirah Suhaidi (UiTM Shah Alam) menerusi “Once upon a time” bagi kategori Media Campuran; dan Ahmad Afiq Ahmad Faris (Universiti Malaya) melalui “Maharnya 50 Sen” bagi kategori Cetakan.
Dilancarkan pada 2001 sebagai Tanjong Heritage Art Competition, pertandingan ini diasaskan oleh mendiang Ananda Krishnan dan kini menjadi antara platform seni tertua di Malaysia yang komited memelihara warisan budaya melalui seni visual.
Topic Berkaitan
#pertandingan seni
#uth
#kreativiti
#Usaha Tegas Heritage
#warisan budaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan