awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah: Bekas wanita pertama Korea Selatan dijatuhkan hukuman penjara
Ringgit meningkat semula, antara mata wang berprestasi terbaik di Asia - Ahli Ekonomi Bank Dunia
Tiga lelaki didakwa jadi ahli Geng Captain Praba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertembungan air sungai keruh dan air laut fenomena biasa - JPS Terengganu

Bernama
Bernama
24/11/2025
20:15 MYT
Pertembungan air sungai keruh dan air laut fenomena biasa - JPS Terengganu
Osman berkata, warna air yang berbeza dan berlapis adalah kesan daripada kelodak serta peningkatan kadar aliran sungai selepas hujan lebat di kawasan hulu. - Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Orang ramai diminta tidak panik berikutan kejadian pertembungan air sungai yang keruh dan air laut, seperti tular di media sosial beberapa hari kebelakangan ini.

Ringkasan AI
  • Fenomena pertembungan air sungai yang keruh dan air laut di Terengganu adalah hasil daripada aliran air tawar yang membawa sedimen dari beberapa sungai, seperti Sungai Telemong dan Sungai Tok Jiring, mengalir ke laut melalui Sungai Terengganu.
  • Pengarah JPS Terengganu, Osman Abdullah, menegaskan bahawa kejadian ini bukan ancaman segera kepada masyarakat tetapi merupakan petunjuk bahawa sistem sungai sedang menanggung aliran lebih tinggi selepas hujan lebat di kawasan hulu.
  • Masyarakat diminta agar tidak panik dan memperoleh maklumat dari pihak berwajib. JPS akan terus memantau situasi dengan teliti dan mengambil langkah mitigasi serta amaran awal sekiranya diperlukan bagi memastikan keselamatan masyarakat.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Osman Abdullah berkata, kejadian itu ialah fenomena semula jadi yang berlaku apabila aliran air tawar yang membawa sedimen dari lembangan Sungai Telemong, Sungai Berang, Sungai Tersat, Sungai Nerus dan Sungai Tok Jiring mengalir keluar ke laut melalui Sungai Terengganu.
Beliau berkata, warna air yang berbeza dan berlapis adalah kesan daripada kelodak serta peningkatan kadar aliran sungai selepas hujan lebat di kawasan hulu.
"Fenomena ini tidak menandakan ancaman segera namun menjadi petunjuk bahawa sistem sungai sedang menanggung beban aliran lebih tinggi daripada biasa.
"JPS ingin menegaskan bahawa masyarakat tidak perlu panik. Pemantauan rapi sedang dijalankan melalui rangkaian stesen telemetri, rondaan lapangan serta kerjasama dengan agensi lain," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Osman berkata, walaupun beberapa kawasan rendah seperti Kampung Pulau Rusa dan Losong pernah terjejas akibat hujan lebat dan air pasang besar namun langkah mitigasi dan amaran awal akan dikeluarkan sekiranya situasi berisiko.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan merujuk maklumat dengan pihak berautoriti bagi mengelak penyebaran maklumat tidak sahih.
Katanya, JPS akan terus memastikan keselamatan masyarakat dengan memaklumkan perkembangan bencana dengan segera dari semasa ke semasa.
Sebelum ini tular di media sosial, seorang pemilik akaun Facebook mendakwa pertembungan air sungai yang keruh dan air laut dijangka memberi risiko besar kepada penghuni di sepanjang laluan sungai sekiranya berlaku air pasang dan hujan lebat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#air pasang besar
#hujan lebat
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan