awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertemuan ASEAN-AS perkukuh kerjasama pertahanan serantau - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
30/05/2025
22:15 MYT
Pertemuan ASEAN-AS perkukuh kerjasama pertahanan serantau - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled (empat dari kanan) dan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN bergambar bersama Pete Hegseth (tengah) di luar Dialog Shangri-La ke-22 di Singapura, pada Jumaat.
SINGAPURA: Pertemuan pelbagai hala antara Menteri Pertahanan ASEAN, Timor Leste dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth, di sini, bakal memperkukuh kerjasama pertahanan serantau, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Pertemuan antara Menteri Pertahanan ASEAN, Timor Leste dan Hegseth itu berlangsung di luar Dialog Shangri-La ke-22, pada Jumaat.
"Sesi pertemuan pelbagai hala ini dimanfaatkan oleh setiap negara ASEAN untuk berkongsi pandangan mengenai cabaran keselamatan serantau, khususnya di wilayah Indo-Pasifik, serta usaha memperkukuh kerjasama pertahanan antara negara ASEAN dan Amerika Syarikat," katanya menerusi catatan di Facebook.
Dalam hantaran sama, Khaled berkata, beliau telah berkongsi pandangan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN mengenai cabaran utama berkaitan isu Myanmar dan situasi di Laut China Selatan dalam pertemuan pelbagai hala dengan Hegseth.
"Penyelesaian kepada kedua-dua isu utama ini perlu diterajui dan dipacu oleh rangka kerja ASEAN.
"Saya turut menegaskan kepentingan untuk semua pihak agar terus mendukung nilai dan teras utama ASEAN bagi memastikan keselamatan, kedaulatan dan kestabilan rantau ini terus terpelihara," katanya.
Sementara itu, semasa pertemuan itu, Hegseth menyentuh tentang cabaran keselamatan bersama dan mengulangi komitmen kukuh AS terhadap rantau itu menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Singapura.
Beliau berkata, AS percaya kepada kerjasama praktikal dan perkongsian kukuh yang berasaskan nilai bersama.
AS akan meneruskan penglibatannya dengan rantau Asia Tenggara dan meningkatkan kerjasama pertahanan dengan negara ASEAN, termasuk melalui Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus).
Hegseth turut mengetengahkan isu keselamatan siber sebagai satu daripada bidang baharu yang penting bagi kerjasama ASEAN-AS, seperti melalui Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber dan Maklumat ADMM (ACICE).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN-AS
#Menteri Pertahanan ASEAN
#Setiausaha Pertahanan AS
#Mohamed Khaled Nordin
#Pete Hegseth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan