awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertemuan pertama PM Ismail Sabri dan Presiden UAE Sheikh Mohamed

Nailah Huda
Nailah Huda
26/09/2022
22:15 MYT
Pertemuan pertama PM Ismail Sabri dan Presiden UAE Sheikh Mohamed
Kedua-dua pemimpin itu membincangkan cara untuk mengukuhkan hubungan dua hala yang terjalin sejak 40 tahun lalu. - Foto PMO
ABU DHABI: Buat pertama kali, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang baru dilantik pada 14 Mei lalu susulan pemergian bekas pemimpin Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan.
Pertemuan selama 30 minit itu diadakan di Istana Presiden pada hari pertama lawatan kerja Perdana Menteri ke UAE yang bermula Isnin.
Kedua-dua pemimpin itu membincangkan cara untuk mengukuhkan hubungan dua hala yang terjalin sejak 40 tahun lalu, serta idea untuk bidang kerjasama baharu seperti keselamatan makanan dan tenaga boleh diperbaharui.
Ismail Sabri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada pagi Isnin untuk lawatan kerja selama empat hari.
Pada hari kedua lawatan kerja Perdana Menteri, beliau dijadual menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Ranhill Utilities dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC - MASDAR di ibu negara.
Lawatan kerja ini diadakan selepas lawatan selama tiga hari ke New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77.
Ini juga merupakan lawatan kedua ke UAE sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada Ogos 2021.
Topic Berkaitan
#Ismail Sabri
#UAE
#Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan
#lawatan kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan