MALAYSIA
Pertemuan PM dengan Presiden AS jadi tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Sidang kemuncak semikonduktor ASEAN dan penggulungan Belanjawan 2026 turut jadi tumpuan dalam sesi Parlimen. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung manfaat hasil pertemuan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menjadi antara fokus utama persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ringkasan AI
Menurut aturan urusan mesyuarat yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen, Ahli Parlimen Kulai, Suhaizan Kaiat, meminta Perdana Menteri menyatakan hasil pertemuan tersebut dari segi perdagangan, isu kemanusiaan di Gaza serta bidang strategik lain yang berkepentingan bersama Malaysia-AS.
Dalam sesi sama, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, turut membangkitkan persoalan mengenai kemajuan Kerajaan MADANI dalam menangani isu kemiskinan tegar dan kemiskinan secara keseluruhan.
Sesi soal jawab menyaksikan Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong, mengutarakan cadangan agar Skim Bina Kemudian Jual (Build-Then-Sell) 10:90 diwajibkan di seluruh negara bagi mengurangkan projek perumahan terbengkalai, khususnya kondominium, demi melindungi pembeli.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim, meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan hasil serta inisiatif utama daripada Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025 dalam memperkukuh eksport, penyertaan dalam rantaian nilai serantau dan daya saing teknologi tempatan.
Turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, ialah cadangan mewajibkan pembinaan kemudahan seperti sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak sebagai syarat kelulusan projek perumahan berskala besar pada masa akan datang.
Persidangan diteruskan dengan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar oleh kementerian berkaitan.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat dijadual berlangsung selama 35 hari sehingga 4 Disember.
Ringkasan AI
- Fokus kepada manfaat diplomatik dan perdagangan serta isu Gaza hasil pertemuan Perdana Menteri dengan Presiden AS.
- Ahli Parlimen bangkitkan cadangan skim BTS 10:90 dan kemudahan awam dalam projek perumahan besar untuk lindungi pembeli.
- Sidang kemuncak semikonduktor ASEAN dan penggulungan Belanjawan 2026 turut jadi tumpuan dalam sesi Parlimen.