awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertimbangan untuk penghargaan kepada media bertugas di Lahad Datu

Bernama
Bernama
09/03/2013
08:03 MYT
Pertimbangan untuk penghargaan kepada media bertugas di Lahad Datu
Petugas media yang membuat liputan sepanjang insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, akan dipertimbangkan untuk diberi sijil penghargaan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata secara peribadi beliau cukup menghargai peranan petugas media yang berada di Felda Sahabat, Lahad Datu, walaupun berada dalam keadaan tidak selesa.
"Mereka berada di ground zero, tidak cukup kemudahan, tidak ada penginapan selesa ataupun makanan yang enak seperti biasa. Lebih daripada 100 petugas media berada di sana.
"Mereka ini, saya cadangkan selepas semuanya tamat, setiap petugas media yang terlibat di sana dianugerahkan sijil oleh Kementerian Dalam Negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Pertahanan bersama Warga 6 Briged sempena Perbarisan Pemakaian Pangkat, di Kem Lapangan Terbang, dekat sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata selain beliau, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, merupakan antara nama yang akan dicadangkan untuk menandatangani sijil penghargaan itu.
Terdahulu, beliau menyaksikan pemakaian pangkat 183 anggota berpangkat prebet yang dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
#Lahad Datu
#petugas media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan