awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertingkat operasi bersepadu kuat kuasa moratorium bauksit - Wan Junaidi

Bernama
Bernama
04/08/2017
12:07 MYT
Pertingkat operasi bersepadu kuat kuasa moratorium bauksit - Wan Junaidi
WAN JUNAIDI: Kementerian mengamalkan toleransi sifar terhadap sebarang aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang dalam apa jua bentuk.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bersama agensi-agensi berkaitan akan mempertingkatkan operasi bersepadu bagi menguatkuasakan moratorium ke atas aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Kuantan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata NRE akan mengerahkan pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan.
Beliau bekata semua agensi ini akan disatukan dalam gerakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk memastikan semua aktiviti perlombongan dan pengeksportan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.
"Kementerian akan mengambil tindakan tegas dengan memperketatkan penguatkuasaan undang-undang agar semua agensi penguatkuasa boleh mempertahankan moratorium yang dilaksanakan.
Sudah tiba masanya penguatkuasaan secara bersepadu diperkukuhkan dan semua bentuk tenaga kerja digembleng serentak untuk menangani isu ini dengan kadar segera, bertepatan dan berkesan. Dalam hal ini, keupayaan penguatkuasaan oleh agensi-agensi yang berkenaan perlulah dipertingkatkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Wan Junaidi berkata kementerian juga akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Negeri Pahang untuk menguatkuasakan moratorium ke atas aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Kuantan.
Sementara itu, beliau berkata NRE menyokong penuh tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan reman 10 kakitangan awam yang disyaki menerima rasuah bagi melindungi kegiatan perlombongan bauksit secara haram di sekitar Kuantan, semalam.
Beliau berkata penahanan itu tidak melibatkan kakitangan agensi-agensi di bawah NRE.
"Kementerian mengamalkan toleransi sifar terhadap sebarang aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang dalam apa jua bentuk dan bersedia memberi kerjasama kepada pihak SPRM dalam menjalankan siasatan bagi memerangi akitivi rasuah dan sebarang penyalahgunaan kuasa,"katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bauksit
#Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
#NRE
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan