Skip to main content

Malaysia

Pertumbuhan ekonomi negara lebih tinggi berbanding unjuran awal kerajaan - PM Anwar

Kuala Lumpur , 19 Mei 2026.Perdana Menteri ,Datuk Seri Anwar Ibrahim  berucap pada  Majlis Anugerah Sukan Negara 2025 di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil.Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Menurut Anwar, pertumbuhan ekonomi negara pada 2025 serta suku pertama tahun ini merekodkan prestasi lebih tinggi daripada unjuran awal kerajaan. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar

KUALA LUMPUR: Ekonomi negara terus menunjukkan daya tahan memberangsangkan meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan kenaikan harga minyak dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertumbuhan ekonomi negara pada 2025 serta suku pertama tahun ini merekodkan prestasi lebih tinggi daripada unjuran awal kerajaan.

“Pertama, pencapaian kita dalam sukan negara dan kedua pertumbuhan ekonomi negara. Tahun lalu, suku tahun akhir dan suku tahun ini dalam keadaan sibuk perang teluk, kemudian harga minyak sekarang sudah lebih AS$100 satu tong.

“Masa kita buat unjuran ekonomi AS$70 satu tong, sekarang AS$ 100 satu tong… tapi Alhamdulillah dalam keadaan begitu pun, prestasi pertumbuhan ekonomi kita tahun lalu dan suku pertama tahun ini lebih tinggi daripada unjuran,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2025, di sini, pada Selasa.

Jelas beliau, keadaan itu memerlukan kerajaan memberi perhatian serius terhadap pengurusan ekonomi negara termasuk langkah menghadapi tekanan kos semasa.

Perdana Menteri berkata, selain ekonomi, sukan juga menunjukkan prestasi lebih baik daripada sasaran yang diunjurkan.

Rentetan itu, beliau berkata, kerajaan harus mengambil contoh daripada semangat juang atlet negara yang berjaya melepasi sasaran sebagai batu loncatan untuk negara turut mencapai prestasi lebih baik daripada jangkaan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement