CYBERJAYA: Malaysia berupaya menjadi "Harimau Digital Asia" berikutan pelaburan besar dan kerjasama dengan organisasi yang dihormati yang akan menjadikan negara sebagai hab data besar seterusnya, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
Malaysia katanya, pantas untuk menjadi hab pusat data serantau dan destinasi pelaburan yang menarik hasil daripada peningkatan dalam perbelanjaan infrastruktur digital, termasuk untuk stesen pendaratan kabel, kabel dasar laut yang lebih banyak, 5G dan sambungan gentian optik yang lebih baik.
Memetik laporan perunding Knight Frank, Teo berkata Malaysia merupakan destinasi pelaburan utama untuk pelaburan pusat data di Asia Tenggara tahun lepas dengan penggunaan 113 megawatt (MW), kira-kira empat kali ganda berbanding Indonesia dan Thailand.
"Dengan melihat ke hadapan, kami mempunyai sebab untuk optimis," katanya sambil menambah bahawa pasaran pusat data Malaysia diunjurkan mencecah lebih AS$2 bilion atau RM9.57 bilion menjelang 2027, yang menjadi bukti pertumbuhan pesat dan potensinya untuk mengatasi kadar pertumbuhan 47 peratus bagi seluruh Asia Tenggara.
Bercakap pada majlis pecah tanah Pusat Data Infinaxis di sini hari ini, Teo berkata setiap RM1 bilion untuk pelaburan pusat data, ia berpotensi mencipta peningkatan sebanyak RM400 juta hingga RM500 juta dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Industri ini juga dijangka mewujudkan kira-kira 2,000 pekerjaan langsung menjelang 2027 serta pekerjaan tidak langsung dalam ekonomi tempatan, dan memberi kesan limpahan ekonomi," katanya.
Ini katanya, akan memberi manfaat kepada industri ekosistem pusat data seperti ketersambungan, tenaga, sumber boleh diperbaharui, kontrak pembuatan dan bakat, serta menarik lebih banyak kabel dasar laut ke Malaysia.
Sebagai contoh, beliau berkata Wiwynn, dari Taiwan, telah membina sebuah kilang di Senai, Johor, untuk membekalkan peralatan pusat data dan mewujudkan 1,650 pekerjaan.
"Ekonomi digital bukan sekadar industri semata-mata tetapi menjadi sebahagian daripada landskap ekonomi negara," katanya sambil menambah industri itu diunjurkan mencapai 24.4 peratus KDNK Malaysia tahun ini yang berlatarbelakangkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada 4.2 peratus.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Infinaxis, Zahri Mirza berkata pusat data di Cyberjaya yang dilengkapi dengan 10 dewan data, menawarkan kepadatan kuasa sehingga 80 kilowatt bagi setiap rak dan menyalurkan beban teknologi maklumat 12 MW, dijangka siap menjelang suku kedua 2025.
"Fasiliti ini sesuai untuk skala hiper, perkhidmatan kecerdasan buatan, penyedia awan dan perusahaan yang lebih besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Teo Nie Ching berucap pada Majlis Pecah Tanah Infinaxis Data Centre di Jalan Teknokrat 8 hari ini. - Foto BERNAMA
Bayaran i-Sejahtera Fasa 3 mulai esok, Pulau Pinang salur RM4.5 juta tahun ini
Sebanyak 4,319 penerima yang layak bagi Fasa 3/2024 program i-Sejahtera di Pulau Pinang akan menerima bayaran mulai esok.
Pantau Agenda Reformasi: Sentimen Arab Palestin jadi warganegara Israel
Forsan Hussein seorang warganegara Palestin yang tinggal di negara haram Israel akibat menjadi mangsa kepada sejarah perang dan penjajahan rejim. Beliau berkongsi pengalaman kesusahan hidup di Israel, diskriminasi dan bagaimana belia membina startup Zaitoun Ventures untuk menghubungkan ekonomi negara-negara di Timur Tengah.
122,000 murid tahun satu masih belum kuasai 3M - Fadhlina
Seramai 122,000 murid Tahun Satu bagi sesi akademik tahun ini di seluruh negara dikesan masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Niaga AWANI: Northport pertingkat kapasiti melalui lapangan kontena baharu
Northport berkata pembinaan kemudahan terminal terbaharu ini bermula pada 14 Ogos 2023 dan berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual.
Niaga AWANI: UMW Toyota jual lebih 72,000 unit kereta tahun ini
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencatatkan angka jualan yang mengagumkan bulan lalu dengan kira-kira 7,700 unit dijual yang menjadikan jumlah jualan setakat tahun ini lebih 72,000 unit.
Setahun genosid Gaza: Negara Islam perlu cuba hentikan perang terhadap Gaza - Kedutaan Iran
Negara Islam perlu menggunakan kesepakatan dalam menyokong rakyat Palestin sebagai peluang untuk menghentikan perang habis-habisan terhadap Gaza dan genosid oleh Israel, menurut kenyataan dari Kedutaa
Pengasuh didenda RM8,000, campur ubat selesema dalam susu bayi 18 hari
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Hew Foong Chun, 66, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan bulan jika gagal membayar denda.
Lapangan Terbang Tawau bakal lebih luas, dilengkapi pendingin hawa
Kerajaan sudah menyenarai pendek 16 kontraktor untuk dinilai serta proses lantikan kontraktor utama dijangka dimuktamadkan awal tahun depan.
Niaga AWANI: Persatuan seru kerajaan lanjutkan pengecualian SST
Menerusi kenyataan AEMI pada Isnin, ia penting untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai yang lebih meluas sejajar dengan usaha Malaysia bagi membina sistem kewangan progresif.
Niaga AWANI: Ulasan pempengaruh tarik 89 peratus pembeli di Malaysia
Sekitar 89 peratus rakyat Malaysia membeli barang terutama dalam produk kesihatan dan makanan kerana dipengaruhi cadangan yang dibuat oleh pempengaruh.
Malaysia mampu muncul sebagai 'harimau digital Asia' - Fahmi
Menurut Fahmi kemasukan pelaburan tersebut turut memberi kesan kepada ekonomi setempat, tenaga kerja dan ekonomi negara.