KUALA LUMPUR: Pertumbuhan signifikan ekonomi halal memerlukan kepada peningkatan usaha untuk membangunkan kerangka perundangan patuh syariah dan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata usaha untuk mengharmonikan dua sistem kehakiman itu penting, memandangkan undang-undang, sama ada syariah atau sivil, semakin banyak menerima impak daripada pengaruh perdagangan dan perjanjian antarabangsa, kerjasama transnasional serta pembangunan pantas dalam automasi dan pendigitalan.
"Teknologi seperti fintech (teknologi kewangan) dan blok rantai telah menguji dan memperluas sempadan perundangan dan peraturan. Dalam konteks muamalah, pembangunan produk dan industri berdasarkan prinsip halal dan mesra-Muslim sebagai sektor ekonomi baharu adalah faktor anjakan utama dalam pembangunan norma baharu perundangan dan tadbir urus," katanya.
Mohd Na'im berkata demikian dalam ucapan pembukaan yang dibacakan oleh Setiausaha Politiknya Dr Muhamad Razak Idris pada Persidangan mengenai Pengharmonian Undang-Undang Syariah dan Sivil Antarabangsa Kelima, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di sini pada Selasa.
Beliau berkata proses pengharmonian undang-undang di Malaysia yang bertujuan memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, berdepan cabaran dan tentangan, walaupun ia relevan dalam konteks sistem perundangan Malaysia, seperti digariskan dengan jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Konflik undang-undang pasti terjadi, sebagai contoh, perdebatan berhubung penggunaan kalimah 'Allah', perbalahan sekian lama bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah, isu-isu mengenai pelaksanaan undang-undang jenayah Islam, perdebatan berterusan mengenai doktrin struktur asas dalam interpretasi perlembagaan, antaranya," katanya.
Menghuraikan aspirasinya untuk masa depan pengharmonian undang-undang itu, Mohd Na'im berkata matlamat akhir ialah untuk memartabatkan undang-undang syariah kepada kedudukan berdaulatnya yang sebenar di samping menumpukan kepada bidang keserasian antara undang-undang syariah dan sivil.
"Pastinya, misinya ialah untuk menzahirkan objektif Maqasid-al-Shari'ah yang menjamin untuk melindungi agama, kehidupan manusia, minda, keturunan dan harta benda.
"Kita mungkin tidak hidup cukup lama untuk melihat perkara ini direalisasikan, tetapi saya percaya bahawa suatu hari, ia pastinya menjadi jelas bahawa pengharmonian ialah kaedah untuk mencapai pembangunan sesuatu komuniti manusia yang mempertahankan kesaksamaan dan keadilan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Mohd Na'im berkata, proses pengharmonian undang-undang di Malaysia yang bertujuan memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, berdepan cabaran dan tentangan. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Harimau Malaya - FAM tunggu lampu hijau
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 3 juta rakyat Palestin "dipenjara" oleh pihak berkuasa Israel - Kementerian
Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin mendedahkan bahawa lebih tiga juta rakyat Palestin kini "dipenjarakan" di bandar, pekan, dan kem pelarian mereka oleh pihak berkuasa Israel.
Keterangkuman, kemampanan teras kebangkitan Malaysia dan ASEAN - PM Anwar
Keterangkuman dan kemampanan harus dijadikan teras dalam kebangkitan Malaysia dan ASEAN.
Kerajaan akan tambah gerabak ETS - Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu penggunaan kereta api elektrik (ETS) semakin popular untuk perjalanan jarak jauh dan Kerajaan akan menambah bilangan gerabak. #AWANInews
"Jika saya mati, ampunkan saya, ibu, ayah," tulis kanak-kanak Gaza sebelum maut
BANDARAYA GAZA, 25 Jan (Bernama-AA) - "Jika saya mati, ampunkan saya, Ibu, Ayah," tulis Azmi Abu Al-Shaar, seorang kanak-kanak Palestin berusia 10 tahun dalam telefon bimbitnya sebelum terkorban dalam
Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hanipa Midin menggesa Mohamad meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan anti rasuah pada Sabtu.
Serie A: Saya pilih nombor 32 kerana Beckham - Kyle Walker
Kapten Manchester City, Kyle Walker, menyertai kelab gergasi Itali, AC Milan, secara pinjaman untuk baki saingan musim ini.
Gencatan senjata: UNRWA edar bantuan makanan di utara Gaza
Menurut agensi tersebut di platform media sosial, sebaik sahaja gencatan senjata berkuat kuasa, pasukan UNRWA telah bekerja tanpa henti untuk mula mengedarkan bantuan makanan di utara Gaza.
Kakitangan hospital Israel siap sedia pembebasan tahanan
Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.
Trump lawat kawasan terjejas kebakaran Los Angeles
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Wanita Pertama Melania Trump melawat sebuah kawasan kejiranan yang musnah akibat kebakaran kejiranan Pacific Palisades, di barat laut Los Angeles pada Jumaat
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Kerjasama pembangunan di sempadan Kelantan akan diteruskan – PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan, hubungan kerjasama baik Malaysia-Thailand akan diteruskan bersama pentadbiran baharu Negara Gajah Putih itu.
TPM Zahid sasar tingkatkan hubungan Malaysia-Filipina melalui industri TVET dan Halal
Eksport halal Malaysia ke Filipina meningkat 7.4 peratus pada 2023, menjadikan negara itu destinasi eksport halal Malaysia ke-8 terbesar dunia.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
Malaysia terus terima permohonan kerjasama sektor halal - PM Anwar
Bukan sahaja permintaan keperluan malah Malaysia terus menerima permohonan kerjasama dalam hal pensijilan perdagangan sektor halal.
Status halal tidak lagi sekadar merujuk tiada babi, alkohol - PM Anwar
Status halal kini tidak lagi sekadar merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak mengandungi babi atau alkohol.
Sijil halal: Keputusan kajian tertakluk pada Majlis Raja-Raja - Ahmad Zahid
Tegasnya, isu berkenaan tidak wajar dijadikan polemik kerana ia masih di peringkat kajian dan belum menjadi dasar yang tetap.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Peru mohon sijil halal dari Malaysia untuk eksport produk makanan
Peru berhasrat menjadi pengeksport produk makanan halal selepas memperoleh sijil halal Malaysia tahun ini.