KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini akan dihiasi dengan pertunjukkan air pancut berirama dengan pencahayaan di taman rekreasi, pusat beli-belah dan lokasi tumpuan orang ramai selama sebulan bermula 1 Feb ini.
Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar, berkata pertunjukan yang bermula dari jam 8 malam hingga 10 malam itu dianjurkan bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, KLCC Holdings Sdn Bhd, The Gardens KL dan Pavilion Kuala Lumpur tanpa melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan.
"Penganjuran program ini dapat menceriakan lagi Wilayah Persekutuan di samping menambahkan rasa cinta dan sayang kepada Wilayah Persekutuan kita.
"Ia juga sangat bersesuaian untuk aktiviti riadah bersama seisi keluarga sambil menikmati panorama menarik. Ini sekali gus menggalakkan aktiviti pelancongan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.
Rosida berkata antara kawasan yang terlibat ialah di KLCC Lake Symphony Fountain, Crystal Fountain Pavilion Kuala Lumpur, The Gardens KL Fountain, Kolam Biru River Of Life (Jalan Leboh Pasar Besar), Air Pancut Tasik Putrajaya di Presint 2 dan Bulatan Marlin, Jalan Merdeka di Labuan dengan tiada sebarang caj dikenakan untuk menyaksikannya.
Selain itu, beliau berkata program pencahayaan turut diadakan dari 30 Jan hingga 2 Feb melalui pemasangan lampu secara festive mood di semua premis dan bangunan di Kuala Lumpur bagi menyemarakkan suasana Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023
Penganjuran program air pancut berirama dapat menceriakan lagi Wilayah Persekutuan di samping menambahkan rasa cinta dan sayang terhadapnya. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Agong kurnia darjah kebesaran kepada 33 individu sempena Hari Wilayah Persekutuan 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 33 individu.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas keputusan Fed mengenai kadar faedah
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7280/7325 daripada dolar AS berbanding 4.7305/7355 semasa ditutup pada Rabu.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.
DBKL anjur 11 program sempena Hari Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan 11 program sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan, esok.
Hari Wilayah Persekutuan 2024 disambut di Dataran Putrajaya
Sebanyak 61 program telah disusun sempena sambutan HWP 2024 di bawah enam teras.
Bidaan siri GOLD sempena jubli emas Hari Wilayah Persekutuan dibuka 1 Feb - Loke
Loke berkata bidaan itu boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid bagi orang awam dan keputusan akan diumumkan pada 6 Feb.
Anggota Kabinet ucap Selamat Hari Wilayah Persekutuan, doakan terus maju
Wilayah Persekutuan Untuk Semua!
Pertunjukan air pancut berirama warnai pembukaan sambutan Hari Wilayah 2023
Rosida berkata, pertunjukan yang bermula dari jam 8 malam hingga 10 malam itu tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan.
PM ucap selamat menyambut hari Wilayah Persekutuan 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2022, yang disambut hari ini.
Pemetaan cahaya berkonsep Keluarga Malaysia warnai Tangga Putrajaya
Pemetaan cahaya di mercu tanda baharu Putrajaya itu dari 9 malam hingga 11 malam, mulai 26 Jan hingga 29 Jan.