MALAYSIA
Perubahan iklim ancaman terbesar kepada kanak-kanak, ACYCS 2025 bincang isu berkaitan - Wakil UNICEF
Peningkatan suhu panas, pencemaran udara dan bencana berkaitan iklim menjejaskan kesihatan dan pendidikan kanak-kanak di seluruh rantau ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Kanak-Kanak dan Belia ASEAN mengenai Iklim 2025 (ACYCS 2025) akan berlangsung di Langkawi, bulan depan bagi mencari penyelesaian untuk melindungi generasi termuda di rantau ini daripada impak perubahan iklim yang semakin meningkat.
ACYCS 2025 yang dianjurkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dengan kerjasama Tabung Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan itu akan menghimpunkan delegasi dan pemimpin muda serantau.
Wakil UNICEF ke Malaysia merangkap Wakil Khas ke Brunei, Robert Gass berkata sidang kemuncak itu adalah platform yang penting dan tepat pada masanya untuk mencari penyelesaian segera dan memperkukuh perlindungan bagi kanak-kanak terhadap kesan perubahan iklim yang semakin meningkat.
"Sidang kemuncak ini akan menyampaikan suara kanak-kanak secara langsung kepada menteri-menteri ASEAN," katanya kepada Bernama.
ACYCS 2025 akan mengetengahkan bagaimana peningkatan suhu panas, pencemaran udara dan bencana berkaitan iklim menjejaskan kesihatan dan pendidikan kanak-kanak di seluruh rantau ini.
"Perubahan iklim mungkin isu paling mendesak yang kita hadapi, namun yang paling terkesan ialah kanak-kanak. Kira-kira 80 peratus beban penyakit ditanggung oleh kanak-kanak sama ada akibat strok haba, pencemaran udara atau air tercemar," katanya.
Beliau berkata pendidikan kanak-kanak juga banyak terganggu akibat bencana berkaitan iklim, dan ACYCS 2025 akan menjadi platform untuk merangka cadangan bagi menangani ancaman paling mendesak terhadap kesihatan serta pembelajaran kanak-kanak.
"Kami benar-benar mahu mencari jalan ke hadapan, bagaimana mengurangkan kebimbangan yang paling mencabar terhadap kanak-kanak ... dan sidang kemuncak ini memberi peluang untuk berbuat demikian," katanya.

Gass berkata pemimpin perlu memberi perhatian serius kerana perubahan iklim yang mempunyai implikasi langsung terhadap pembangunan negara, sambil menegaskan bahawa kanak-kanak mesti dilindungi sekiranya Malaysia mahu mencapai aspirasi negara berpendapatan tinggi menjelang 2026 atau 2027.
"Jika mahu mengiringi status berpendapatan tinggi dengan pembangunan tinggi, negara perlu memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan yang baik, dilindungi, sihat serta berupaya mencapai potensi penuh mereka," katanya.
Terdahulu, Gass melakukan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai di ibu pejabat agensi berita nasional itu pada Isnin. Turut hadir Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita, Mohd Shukri Ishak.
Sementara itu, Gass turut menekankan kepentingan kesedaran awam dalam menyokong matlamat sidang kemuncak berkenaan, dan UNICEF berharap dapat bekerjasama dengan organisasi media bagi memperluas mesej itu.
"Kami ingin bekerjasama dengan Bernama kerana kami tahu jika kami mahu isu ini disedari masyarakat yang lebih luas, kami perlu bergantung pada kepakaran dan jaringan komunikasi yang Bernama miliki," katanya.
-- BERNAMA