awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perubahan status Kuantan akan bawa banyak kesan positif - Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2021
10:47 MYT
Perubahan status Kuantan akan bawa banyak kesan positif - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, ia termasuk kemudahan infrastruktur memandangkan ia merupakan sebahagian daripada keperluan untuk menjadi bandar raya. - Facebook
KUALA LUMPUR: Perubahan status bandar Kuantan tentunya akan membawa banyak kesan positif kepada penduduk dalam pelbagai segmen.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia termasuk kemudahan infrastruktur memandangkan ia merupakan sebahagian daripada keperluan untuk menjadi bandar raya.
"Alhamdulillah, hari ini saya mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada majlis pemasyhuran Kuantan sebagai bandar raya dan perasmian Kompleks Bandaraya Kuantan di Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan, Pahang.
"Turut mencemar duli ke majlis bersejarah itu adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.
"Hadir sama Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Ahad.
Majlis turut menyaksikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Hamdan Hussin dilantik dan mengangkat sumpah selaku Datuk Bandar Kuantan yang pertama.
Muhyiddin turut melahirkan keyakinan majlis bersejarah itu akan diingati dan dibanggakan oleh segenap lapisan rakyat Pahang malaupun dilangsungkan dalam skala sederhana bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk membendung wabak COVID-19.
"Kepada Datuk Bandar, bekerjalah dengan penuh tekun demi memacu kemajuan Kuantan agar berada sebaris dengan bandar raya lain di negara ini, sekali gus memberi impak positif kepada negeri dan rakyat Pahang dalam pelbagai aspek," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#SOP
#Kuantan
#COVID-19
#operasi
#rakyat
#bandar raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan