KUANTAN: Peruncit diingatkan supaya tidak menyorok gula dan meletakkan syarat kepada pembeli kerana tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata setakat ini pihaknya menerima aduan mengenai kegiatan tersebut di Kedah dan Perak.
"Apa sahaja aduan yang diterima kita siasat, sebab ini salah dan saya ingin ingatkan kepada semua peruncit jangan buat, sekiranya didapati bersalah kita boleh ambil tindakan tegas kerana gula barang kawalan," katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Rahmah berupa wang tunai dan Bakul Rahmah sumbangan Wakalah Zakat Korporat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada 300 penerima di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan sebuah premis di Alor Setar, Kedah dikenakan tindakan kerana menjual gula secara bersyarat iaitu bagi setiap pembelian dua kilogram (kg) gula pasir kasar berharga RM2.85 sebungkus, pelanggan perlu membeli satu kg gula putih premium berharga RM4.60 sebungkus.
Selain itu, media turut melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita 156kg gula pasir putih bertapis kasar yang dipercayai cuba disorok peniaga di Taman Kaya, Taiping, Perak.
Kedua-dua kegiatan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Sementara itu, Fuziah memaklumkan menerusi Ops Manis yang dilaksanakan bagi menangani isu bekalan gula hingga semalam, KPDN telah melakukan 848 pemeriksaan premis di Kelantan, Pahang (597 pr), Terengganu (442 premis) dan Kedah (405 premis).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023

Peruncit diingatkan supaya tidak menyorok gula dan meletakkan syarat kepada pembeli kerana tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka. -Gambar hiasan/Bernama

Kanak-kanak kes dera diserah kepada ibu kandung - Exco
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang diselamatkan polis selepas disyaki menjadi mangsa dera ayah kandung dan ibu tirinya sejak Mac lalu di Jempol, akan diserahkan kepada ibu kandungnya.
Suara Rakyat: Ribuan penduduk beratur beli beras RM1
Di sebalik isu kekurangan bekalan beras dan peningkatan harga barangan dalam negara, penduduk di daerah Manjung Lumut, Perak hari ini cukup bertuah.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.

Permintaan beras putih tempatan di Kelantan meningkat hampir 50 peratus
Permintaan terhadap bekalan beras putih tempatan meningkat hampir 50 peratus di Kelantan susulan kenaikan harga beras import.

Laporan pasangan warga asing minta sedekah dirujuk kepada UNCHR, JKM
Polis akan meneliti jika ada pelanggaran undang-undang berkaitan insiden seorang wanita warga asing bertindak biadab selepas dibongkar meminta sedekah.

LTdL 2023: Nur Amirull rampas jersi Raja Bukit rakan sepasukan
Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki berjaya menyambar jersi Raja Bukit pada perlumbaan peringkat kedua LTdl 2023.

Tidak puas hati keputusan juri, pertandingan dikir barat kecoh
Pertandingan akhir dikir barat sempena Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2023 di Pantai Geting malam Sabtu kecoh apabila wujud ketidakpuasan hati terhadap senarai pemenang.
SPRM mungkin panggil Radzi Jidin - Azam Baki
SPRM masih menjalankan siasatan sepenuhnya berhubung siasatan dakwaan rasuah itu berhubung projek membabitkan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta.

Pencapaian di Sukan Asia jadi indikator persediaan hadapi Olimpik 2024
Pencapaian pada Sukan Asia Hangzhou 2022 menjadi indikator penting dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Tentera Israel bunuh 2 rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat
Tentera Israel membunuh dua rakyat Palestin dalam serbuan di Kem Pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad.

Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.

'Video tular itu bermotifkan politik, mahu jatuhkan saya' - Fuziah
Fuziah Salleh mempersoal tindakan individu menularkan kembali video lama yang dirakam pada Julai lalu berkenaan harga barang.

KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok - Fuziah
Usaha itu adalah bagi membantu rakyat yang kini terbeban dengan kenaikan harga beras tempatan.

KPDN terima 47 aduan berkaitan isu beras dalam tempoh Ops Jamin
Aduan itu berkaitan beras dijual pada harga tinggi daripada pasaran serta satu aduan berkaitan beras campuran iaitu dipercayai campuran beras tempatan dengan beras import.

Lebih 600,000 rakyat Johor dapat manfaat program Jualan Rahmah
Pelaksanaan program Jualan Rahmah dilihat memberi kesan positif dalam meringankan kos sara hidup rakyat.

KPDN tempatkan 14 mesin retort di seluruh negara
KPDN menempatkan 14 mesin pembungkusan makanan secara retort di lokasi yang melibatkan sektor perhotelan, katering dan pertanian di seluruh negara, setakat 31 Julai lepas.

KBBM: Rakyat perlu bangga guna barangan tempatan - Fuziah
Rakyat perlu berbangga menggunakan barangan tempatan dan tidak seharusnya terus dijajah dengan produk-produk keluaran luar negara.

KPDN kaji inisiatif Amanah Saham Rahmah, bantu keluarga miskin tegar
Inisiatif tersebut diharap dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup sekali gus memberi pendapatan berterusan kepada golongan itu.

KPDN siasat jualan air minuman 'Si Hulk'
KPDN akan menyiasat aktiviti jualan secara dalam talian minuman kesihatan jenama Si Hulk yang mendakwa boleh mengubati pelbagai jenis penyakit.

Baja Rahmah diperkenal dalam masa terdekat
KPDN akan memperkenalkan baja Rahmah dalam waktu terdekat sebagai usaha membantu mengurangkan beban golongan petani di negara ini.

KPDN rancang terus bantuan tanpa tunai untuk pelajar Tingkatan Enam, kolej vokasional
KPDN merancang untuk meneruskan Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai kepada pelajar Tingkatan Enam dan kolej vokasional.