awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan badan keagamaan bukan Islam, sekolah persendirian di Sabah meningkat RM2.7 juta - Hajiji

Bernama
Bernama
27/01/2024
12:45 MYT
Peruntukan badan keagamaan bukan Islam, sekolah persendirian di Sabah meningkat RM2.7 juta - Hajiji
Hajiji berkata, jumlah peruntukan itu merupakan peningkatan RM2.7 juta berbanding RM54.05 juta pada tahun lepas. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memperuntukkan RM56.75 juta untuk badan-badan keagamaan bukan Islam, mubaligh, sekolah jenis kebangsaan dan persendirian di Sabah tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata jumlah peruntukan itu merupakan peningkatan RM2.7 juta berbanding RM54.05 juta pada tahun lepas.
Hajiji berkata daripada RM56.75 juta itu, sebanyak RM24.15 juta diperuntukkan untuk sekolah-sekolah terlibat dan selebihnya untuk pelbagai badan keagamaan bukan Islam.
"Peningkatan peruntukan ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri amat prihatin dan serius dalam membantu masyarakat di negeri Sabah tanpa mengira kaum, bangsa dan agama," katanya dalam ucapan sempena merasmikan Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa sempena Tahun Baharu Cina 2024.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri ll Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dalam acara anjuran Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersekutu Kota Kinabalu itu.
Hajiji berkata kerajaan negeri juga memperuntukkan bantuan RM1.5 juta untuk membekalkan kepala tarian singa di seluruh Sabah.
Sempena Tahun Baru Cina yang bakal disambut 10 Feb ini, beliau turut mengajak semua rakyat Sabah untuk terus bersama-sama kerajaan membangunkan dan memajukan negeri.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih khususnya masyarakat Cina atas sokongan berterusan anda dalam berganding bahu bersama-sama kami untuk memakmurkan negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peruntukan
#badan keagamaan
#sekolah persendirian
#Sabah
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan