awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang dipilih destinasi utama pelancongan alam semula jadi - Tinjauan
Pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 sebanyak 4.9 peratus seiring dengan unjuran - MBSB IB
AI diguna hasilkan ribuan video penderaan seksual kanak-kanak pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan bantuan SARA, STR bagi tahun 2026 merupakan yang tertinggi

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
16/01/2026
10:26 MYT
Peruntukan bantuan SARA, STR bagi tahun 2026 merupakan yang tertinggi
Tunku Nashrul Abaidah berkata demikian pada taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Anwar Ibrahim hari ini.
KUALA LUMPUR: Peruntukan Bantuan bagi Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2026 merupakan yang tertinggi.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata peruntukan keseluruhan sebanyak RM15 bilion itu akan memanfaatkan sekitar 9 juta penerima.
"Kerajaan MADANI kekal komited untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Justeru, bagi tahun 2026, Kerajaan MADANI meneruskan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM15 bilion.
"Ia merupakan peruntukan tertinggi setakat ini yang akan memanfaatkan sekitar 9 juta penerima," katanya.
Ujar Tunku Nashrul lagi, bagi SARA Bulanan 2026, penyaluran telah bermula pada 9 Januari 2026 melibatkan 5 juta penerima yang terdiri daripada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan.
"Mulai hari ini, 16 Januari 2026, penyaluran diteruskan kepada 3.1 juta penerima kategori bujang.
Secara keseluruhan, SARA Bulanan 2026 melibatkan 8.1 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion, meningkat berbanding 5.4 juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion pada tahun 2025," katanya lagi.
Tambahnya, sasaran kedai runcit kecil yang terlibat dalam program SARA juga akan ditingkatkan kepada 10,000 buah menjelang akhir 2026, berbanding lebih 3,000 pada akhir 2025.
Dalam pada itu, jelas beliau, STR fasa tahun 2026 akan mula disalurkan pada 20 Januari 2026, melibatkan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion yang memberi manfaat kepada 5 juta penerima isi rumah dan warga emas.
Beliau berkata demikian pada taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Anwar Ibrahim hari ini.
Topic Berkaitan
#madani
#Str
#sara
#ekonomi
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan