awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan besar kepada usahawan rancakkan pembangunan PMKS - Ewon

Bernama
Bernama
02/03/2024
15:47 MYT
Peruntukan besar kepada usahawan rancakkan pembangunan PMKS - Ewon
Ewon berkata kementerian berkenaan sedia menggalas tanggungjawab besar memastikan sektor PMKS terus berkembang pesat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Peruntukan pembiayaan yang besar oleh kerajaan kepada komuniti usahawan diyakini akan merancakkan lagi pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di negara ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata kementerian berkenaan sedia menggalas tanggungjawab besar memastikan sektor PMKS terus berkembang pesat sekali gus berupaya memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi negara.
"Saya amat menghargai dukungan besar yang diberikan Perdana Menteri termasuk menyediakan peruntukan pembiayaan dan latihan keusahawanan yang diperlukan oleh komuniti PMKS negara.
"Ini termasuk memberi peranan kepada agensi di bawah kementerian saya iaitu TEKUN Nasional menjadi antara peneraju Dana Pembiayaan Kredit Mikro Bumiputera sebanyak RM1 bilion yang memberi penekanan kepada golongan wanita, belia dan veteran tentera," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di Putrajaya hari ini, melibatkan peruntukan dana RM1 bilion bagi melahirkan generasi baharu usahawan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi yang akan dikendalikan oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, dalam ucapannya turut memaklumkan kerajaan akan mengkhususkan dana pembiayaan kredit mikro bumiputera sehingga RM1 bilion melalui institusi kewangan pembangunan seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), Agrobank dan TEKUN Nasional.
Dana itu bertujuan menyediakan sokongan kepada pelbagai segmen usahawan bumiputera termasuk golongan wanita, belia, veteran tentera, penjaja, pekerja gig dan pengusaha trak makanan.
Mengulas lanjut, Ewon berharap ia akan menjadi pemangkin kepada peningkatan penyertaan usahawan wanita, belia dan veteran tentera dalam bidang keusahawanan.
"Saya sentiasa percaya bahawa gerakan keusahawanan dan koperasi serta gerakan pendidikan boleh menjadi benteng kemiskinan iaitu satu lagi isu yang dikupas oleh Perdana Menteri bersempena dengan kongres itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja gig
#benteng kemiskinan
#bidang keusahawanan
#PMKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan