MALAYSIA
Peruntukan 'deeming': PDRM tingkat kesiapsiagaan dalaman selari kerangka baharu
Mohd Khalid Ismail berkata, PDRM menyambut baik inisiatif ‘deemed licence’ (peruntukan deeming) sebagai langkah awal untuk memperkukuh tadbir urus platform digital dan meningkatkan tahap keselamatan dalam talian di Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta agensi berkaitan melalui pendekatan whole-of-government bagi memastikan mekanisme baharu yang sedang dimuktamadkan dapat meningkatkan keberkesanan siasatan, selain memperkukuh perkongsian maklumat dan mempercepatkan tindakan terhadap kandungan atau aktiviti berbahaya di ruang digital.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan, PDRM juga akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan dalaman serta memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara berkesan selari dengan kerangka keselamatan digital yang bakal diperkenalkan.
"PDRM menyambut baik inisiatif ‘deemed licence’ (peruntukan deeming) sebagai langkah awal untuk memperkukuh tadbir urus platform digital dan meningkatkan tahap keselamatan dalam talian di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Mohd Khalid berkata, ekosistem digital masa kini menuntut pendekatan pengawalseliaan yang lebih responsif bagi menangani pelbagai ancaman, termasuk jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak, penipuan dalam talian, penyebaran kandungan ekstremisme serta penyalahgunaan platform digital untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Menurutnya, usaha berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen bersama pihak berkuasa dalam melindungi rakyat, khususnya kanak-kanak dan keluarga, daripada risiko jenayah siber yang semakin kompleks.
Mohd Khalid yakin pelaksanaan rangka kerja baharu itu mampu meningkatkan tahap perlindungan kepada rakyat serta memantapkan integriti ruang digital negara. Katanya, langkah berkenaan juga berupaya memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan dan penyedia platform digital.
“Langkah ini turut menjadi asas penting dalam memastikan keselamatan generasi masa hadapan, khususnya kanak-kanak, terjamin dalam landskap siber yang semakin mencabar,” katanya.