Ringkasan AI
- Kementerian Kerja Raya menerima peruntukan RM10.882 bilion dalam Belanjawan 2027, meningkat 1.78 peratus berbanding tahun lalu.
- RM1.38 bilion diperuntukkan untuk Lebuhraya Pan Borneo, RM801.46 juta untuk jalan raya dan jambatan di Sabah, serta RM565.30 juta di Sarawak.
- Peruntukan untuk kontraktor kecil Bumiputera G1-G4 meningkat 87.5 peratus kepada RM7.5 bilion, manakala peruntukan khas jurutera daerah naik kepada RM40 juta.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima peruntukan RM10.882 bilion menerusi Belanjawan 2027, meningkat 1.78 peratus berbanding tahun lepas bagi memperkukuh infrastruktur negara dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata peruntukan itu merangkumi RM9.736 bilion bagi Belanja Pembangunan dan RM1.146 bilion bagi Belanja Mengurus.
Daripada peruntukan pembangunan itu, RM1.38 bilion disediakan bagi Lebuhraya Pan Borneo, manakala RM801.46 juta diperuntukkan untuk pembangunan jalan raya dan jambatan di Sabah serta RM565.30 juta di Sarawak.
“KKR menghargai komitmen berterusan kerajaan terhadap pelaksanaan projek ini (Lebuhraya Pan Borneo) yang penting untuk memperkukuh jaringan perhubungan, memudahkan pergerakan rakyat dan menyokong pertumbuhan ekonomi setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, hampir RM800 juta diperuntukkan bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan, termasuk RM350 juta untuk kontraktor di Sabah dan Sarawak.
Nanta berkata peruntukan bagi memperkasakan kontraktor kecil Bumiputera Gred G1 hingga G4 meningkat 87.5 peratus kepada RM7.5 bilion berbanding RM4 bilion pada 2026.
Peruntukan Khas Jurutera Daerah Seluruh Malaysia turut meningkat kepada RM40 juta berbanding RM30 juta pada tahun lepas bagi memperkukuh pelaksanaan projek pada peringkat daerah.
Beliau berkata KKR akan memastikan peruntukan itu dimanfaatkan melalui pelaksanaan projek berkualiti, pemantauan kemajuan yang rapi dan pengurusan kewangan berintegriti.
“Keutamaan kementerian ialah memastikan infrastruktur yang dibangunkan selamat digunakan, memenuhi keperluan masyarakat dan memberikan nilai terbaik kepada negara,” katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah peruntukan yang diterima Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Belanjawan 2027?
A: KKR menerima peruntukan sebanyak RM10.882 bilion menerusi Belanjawan 2027. - Q: Apakah pecahan utama peruntukan yang diterima oleh KKR?
A: RM9.736 bilion diperuntukkan untuk Belanja Pembangunan dan RM1.146 bilion untuk Belanja Mengurus. - Q: Berapakah jumlah peruntukan untuk Lebuhraya Pan Borneo, pembangunan jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak?
A: RM1.38 bilion untuk Lebuhraya Pan Borneo, RM801.46 juta untuk pembangunan jalan raya dan jambatan di Sabah, dan RM565.30 juta di Sarawak. - Q: Berapakah peruntukan bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kontraktor di Sabah dan Sarawak?
A: Hampir RM800 juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan, termasuk RM350 juta untuk kontraktor di Sabah dan Sarawak. - Q: Apakah langkah yang diambil KKR untuk memastikan peruntukan dimanfaatkan sepenuhnya?
A: KKR akan memastikan pelaksanaan projek berkualiti, pemantauan kemajuan yang rapi dan pengurusan kewangan berintegriti.