MALAYSIA
Peruntukan RM1 juta setiap 12 Kampung Angkat MADANI di bawah KDN
Saifuddin Nasution menyampaikan sumbangan kepada murid-murid SK Pangkalan Abai pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri di Kampung Pangkalan Abai hari ini. - Foto Bernama
KOTA BELUD: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai sekurang-kurangnya 12 Kampung Angkat MADANI yang diberikan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi setiap kampung untuk melaksanakan pelbagai projek.
Ringkasan AI
Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata peruntukan itu diberikan secara terus kepada pemimpin setempat dan agensi berkenaan bagi melaksanakan projek fizikal serta bukan fizikal yang memberikan impak kepada kampung masing-masing.
"... kesan daripada peruntukan RM1 juta itu turun segera, dengan pantas, tiada kerenah birokrasi membolehkan, misalnya pemasangan lampu solar 40 unit (Kampung Angkat MADANI)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI KDN di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pangkalan Abai di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata di Kampung Angkat MADANI SK Pangkalan Abai itu juga diwujudkan satu pos kawalan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang turut dibantu penduduk kampung dalam kawalan keselamatan.
Beliau berkata kemudahan lain di Kampung Angkat MADANI SK Pangkalan Abai yang mempunyai kira-kira lebih 800 penduduk itu, termasuk pembinaan sistem perparitan sepanjang 150 meter bagi mengatasi masalah banjir.
Selain itu, KDN turut memasang paip sepanjang 350 meter, pembelian sebuah van jenazah dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SK Pangkalan Abai.
"Saya berpendapat bahawa kebaikan program ini adalah sesuai dengan tugas KDN," katanya sambil menambah program Kampung Angkat MADANI memberi impak secara langsung kepada rakyat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebanyak 12 Kampung Angkat MADANI menerima peruntukan RM1 juta setiap satu, disalurkan terus kepada pemimpin setempat dan agensi untuk melaksanakan projek fizikal dan bukan fizikal tanpa kerenah birokrasi.
- Projek di SK Kampung Pangkalan Abai merangkumi pemasangan 40 lampu solar, sistem perparitan 150 meter, paip 350 meter, van jenazah dan pos kawalan RELA-KRT, serta sumbangan RM50,000 kepada PIBG sekolah.
- Program ini menekankan impak langsung kepada rakyat, selari dengan peranan KDN dalam memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan komuniti luar bandar.