awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan RM4.8 juta bagi PPRS bina baharu di Negeri Sembilan tahun ini - Exco

Bernama
Bernama
27/12/2024
15:00 MYT
Peruntukan RM4.8 juta bagi PPRS bina baharu di Negeri Sembilan tahun ini - Exco
Jalaludin berkata sebanyak 30 unit rumah di bawah program berkenaan telah diluluskan menerima peruntukan sebanyak RM 20,000 bagi setiap satu rumah untuk kerja membaik pulih. - Gambar Instagram @ Jalaluddin Alias
SEREMBAN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memperuntukkan RM4.8 juta menerusi Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Bina Baharu membabitkan 62 unit rumah di Negeri Sembilan tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Jalaludin Alias berkata kesemua permohonan diluluskan setelah memenuhi syarat utama iaitu berdaftar dengan sistem e-Kasih dan diperaku serta disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD).
"Sebelum ini, ia dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan dijenamakan semula sebagai PPRS yang mempunyai keluasan rumah lebih luas kira-kira 680 kaki persegi dan mempunyai reka bentuk lebih menarik.
"Dijangkakan 400 ke 500 sahaja rumah PPRS yang diperlukan, tidak termasuk bagi masyarakat Orang Asli ada 127 unit, kita laksanakan bagi tempoh penggal ini dalam 80 ke 70 peratus telah selesai," katanya pada Majlis Penyerahan Surat Penerimaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera Bina Baharu Bagi Negeri Sembilan 2024 di sini.
Ahli Parlimen Jelebu itu berkata sebanyak 30 unit rumah di bawah program berkenaan telah diluluskan menerima peruntukan sebanyak RM 20,000 bagi setiap satu rumah untuk kerja membaik pulih.
Menurutnya PPRS merupakan antara program pembasmi kemiskinan luar bandar yang menyediakan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah golongan miskin dan miskin tegar supaya mereka boleh memiliki kediaman yang selamat serta selesa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#PPRS
#miskin tegas
#syarat utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan