awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perdagangan Malaysia–AS meningkat kepada RM325.2 bilion pada 2024, dipacu eksport E&E
Kes letupan IED di Nilai tiada unsur ekstremisme, dipercayai kejadian terpencil - Polis
OpenAI cari Ketua Kesediaan untuk kenal pasti kesan negatif AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan RM900,000 untuk manfaat usahawan wanita

Bernama
Bernama
10/01/2016
00:08 MYT
Peruntukan RM900,000 untuk manfaat usahawan wanita
Kedua-dua program tersebut di bawah JPW diperkenalkan pada 2013 untuk memperkasakan wanita daripada segi ekonomi. - Gambar fail
Sejumlah RM900,000 telah diperuntukkan tahun ini bagi Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dan Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) untuk membangunkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan wanita dan ibu tunggal.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata di bawah program tersebut, mereka akan diberi kemahiran dan latihan keusahawanan di bawah pengawasan rapi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
"Program-program itu akan membantu mereka menjana pendapatan berdasarkan kemahiran yang mereka peroleh dalam pelbagai bidang seperti perniagaan agro, pengurusan rumah, rawatan kecantikan dan aktiviti berkaitan pelancongan," kata beliau.
Chew berkata demikian ketika melancarkan projek vokasional di bawah Persatuan Wanita Kristian (YWCA) Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Beliau berkata bahawa sehingga Disember tahun lepas, sejumlah 5,058 ibu tunggal mendapat manfaat daripada I-KIT sementara 7,719 wanita dari golongan berpendapatan rendah menerima manfaat daripada I-KeuNita.
Kedua-dua program tersebut di bawah JPW diperkenalkan pada 2013 untuk memperkasakan wanita daripada segi ekonomi.
Topic Berkaitan
#Chew Mei Fun
#I-KeuNita
#Jabatan Pembangunan Wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan