MALAYSIA
Peruntukan tambahan RM100 juta tumpu proses pembangunan semula Gaza - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi Ogos 2025 di Menara Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Peruntukan tambahan RM100 juta bagi membantu rakyat Palestin di Gaza akan memberi tumpuan kepada proses pembangunan semula wilayah itu yang terkesan akibat perang genosid Israel, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Ringkasan AI
Beliau berkata pendekatan sumbangan kali ini berbeza berbanding sebelum ini yang lebih menumpukan kepada bantuan makanan.
"Dua tahun lepas, sekitar Oktober dan November 2023, kita berjaya mengusahakan sumbangan bersama pihak swasta, bagaimanapun banyak bekalan makanan yang disediakan terbazir akibat sekatan rejim Zionis yang langsung tidak membenarkan kemasukan (bantuan) ke Gaza.
"Kali ini fokusnya mungkin berbeza iaitu ke arah usaha membangunkan semula Gaza dan saya percaya ia boleh dilakukan dengan kerjasama rakan antarabangsa termasuk Jepun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj.
Fahmi berkata kerajaan memberikan jaminan bahawa komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin tidak berubah, malah diperkukuh dengan pemberian dana tambahan itu.
"Saya juga ingin menegaskan bahawa pendirian Malaysia tentang kemerdekaan Palestin tidak berubah dan tidak ada prasyarat, ia tidak bergantung kepada keadaan," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka, malam tadi mengumumkan Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan RM100 juta bagi membantu rakyat Palestin di Gaza yang sedang menghadapi krisis kemanusiaan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan ia merupakan komitmen berterusan Malaysia dalam membela nasib rakyat Palestin.
Perdana Menteri turut menggesa lebih banyak syarikat besar dan korporat menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin selain belajar daripada nikmat keamanan serta kebebasan yang dikecapi untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza, dengan fokus kepada pembangunan semula wilayah yang terjejas akibat perang.
- Berbeza daripada sumbangan makanan sebelum ini, bantuan kali ini menumpukan kepada pemulihan infrastruktur dan kerjasama antarabangsa, termasuk Jepun.
- Kerajaan menegaskan pendirian Malaysia terhadap kemerdekaan Palestin kekal kukuh tanpa syarat, dan menyeru syarikat korporat turut menyumbang dalam usaha kemanusiaan.