awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Kepulauan Virgin AS saman Meta, dakwa syarikat untung atas iklan penipuan
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan undang-undang benarkan Anwar pegang jawatan presiden PKR - Radzlan

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2014
07:36 MYT
Peruntukan undang-undang benarkan Anwar pegang jawatan presiden PKR - Radzlan
Peruntukan undang-undang membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan presiden PKR biarpun telah disabitkan dengan kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.
Calon Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Radzlan Jalaludin berkata seksyen 9A (4) Akta Pertubuhan 1966 membolehkan Anwar dikecualikan daripada pengguguran kelayakan memegang jawatan Presiden PKR.
"Malah tidak ada alasan dan sebab munasabah untuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak atau menghalang Datuk Seri Anwar daripada menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku Presiden," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Katanya penantian rakyat khususnya anggota PKR selama lebih 15 tahun akan berakhir bila mana Anwar mencalonkan diri untuk bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan Mei ini.
"Rakyat dan anggota KEADILAN khususnya yakin dan percaya bahawa kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperkukuh KEADILAN dan menguatkan muafakat dalam Pakatan Rakyat serta menyemarakkan lagi perjuangan reformasi demi masa depan Malaysia," katanya.
Anwar bakal menentang isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi merebut jawatan presiden PKR selepas keduanya menghantar borang pencalonan Sabtu lalu.
Keputusan pasangan suami isteri itu untuk bertanding jawatan Presiden PKR menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahli parti itu namun Wan Azizah menjelaskan beliau menyerahkan borang kerana bimbang Anwar tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan parti jika Mahkamah Persekutuan memutuskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PKR
#presiden
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan