TAHUN  2024 akan kita saksikan penerusan era aneka-krisis di mana kesejahteraan setiap rakyat Malaysia dan negara secara keseluruhan akan terkesan dengan faktor sejagat, daripada konflik geo-politik di Eropah Timur, Timur Tengah malah di Asia Timur, pemanasan sejagat, kemusnahan alam yang lain, kehilangan dan penggantian pekerjaan yang disebabkan oleh Kecerdasan Buatan (AI) dan kemajuan teknologi lain.

Berhadapan dengan sejagat global sebegini, rakyat Malaysia harus sedar bahawa kita bukan musuh antara satu sama lain. Malah, krisis boleh mencungkil sesuatu yang terbaik dalam diri kita. Semasa pandemik Covid-19, rakyat Malaysia membantu satu sama lain tanpa mementingkan diri dalam semangat “kita jaga kita”, tanpa mengira etnik, agama atau afiliasi politik.

Bak kata pepatah Melayu, “menang sorak kampung tergadai”, kemenangan sebegitu adalah kemenangan kosong. Jika kita gagal mempersiapsargakan diri untuk mengubah dugaan menjadi peluang, semuanya akan rugi. Sesiapa yang membentuk Kerajaan seterusnya akan mewarisi ekonomi yang lesu dan Rakyat yang tidak berpuas hati.

Walaupun kita mungkin bersaing antara satu sama lain, sebagai individu atau dalam pelbagai kumpulan, nasib kita terikat antara satu sama lain. Apabila wabak, bencana alam dan ketidaktentuan ekonomi melanda kita, tiada satu komuniti pun yang selamat. Kita tenggelam atau berenang bersama.

Realiti yang genting ini memanggil perdamaian politik dan kestabilan bersifat demokratik supaya kita dapat berganding bahu menghadapi cabaran sejagat yang sengit.

Kami menyeru semua institusi, organisasi dan individu yang cintakan Malaysia untuk bekerjasama ke arah penegasan cita-cita yang berikut, yang asalnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan terus didukung dalam Rukun Negara;

  1. Raja Berperlembagaan, di mana semua Raja-Raja berkedudukan mulia, melangkaui sempadan politik dan menyerahkan tadbir urus Negara kepada pemimpin yang dipilih rakyat, supaya institusi Diraja tidak dinodai kontroversi atau polemik dan berperanan menyatukan semua rakyat Malaysia dan rakyat negeri masing-masing merentasi perbezaan sosio-politik.
     
  2. Demokrasi Berparlimen, di mana kuasa Eksekutif berasaskan keyakinan majoriti daripada ahli parlimen (yang membentuk parti politik sebagai penjumlah/pengaggregat a spirasi dan keutamaan politik), dan dipantau, disemak dan diimbangi oleh ahli parlimen Pembangkang dan ahli parlimen barisan belakang kerajaan (government backbenchers), melalui jawatankuasa pilihan, perbahasan dan persoalan di dewan parlimen.
     
  3. Federalisme, di mana kuasa diagihkan secara bermakna antara Kerajaankerajaan Persekutuan, Wilayah/Negeri dan Tempatan, untuk memastikan keseimbangan yang betul antara keseragaman dan autonomi, ekuiti/kesaksamaan dan persaingan antara wilayah/negeri, dan bahawa pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab dan responsif terhadap penduduk tempatan.
     
  4. Kedaulatan undang-undang, di mana undang-undang digubal untuk melindungi hak asasi manusia dan memajukan kesejahteraan rakyat dan penduduk, bukan untuk pihak berkuasa sewenang-wenangnya mengawal dan memdiamkan Rakyat, dan undang-undang digunapakai secara berkesan kepada semua termasuk pemimpin kerajaan, tanpa pendakwaan terpilih atau impunitas, untuk mengelakkan tanggapan sinis bahawa "seseorang tidak bersalah sehingga kehilangan kuasa, dan seseorang mungkin tidak bersalah apabila mendapat semula kuasa".

Untuk tujuan-tujuan ini, kami menyeru parti-parti kerajaan dan pembangkang untuk merundingkan satu persetujuan pembaharuan politik bagi baki penggal Parlimen ke-15 sehingga 18 Disember 2027, yang merangkumi perkara berikut:


Daripada menunggu satu pihak untuk menghubungi pihak lain, kami menyeru Kerajaan dan Pembangkang untuk menjemput Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul untuk bertindak sebagai pengantara yang tidak berat sebelah untuk tujuan ini.

Malaysia milik kita semua. Kami jemput semua rakyat Malaysia, termasuk aktivis dalam masyarakat sivil dan sektor swasta, untuk menyokong seruan tahun baharu yang sederhana ini untuk kestabilan dan akauntabiliti.

Kenyataan ini dimulakan oleh Projek - Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA), satu inisiatif terbaru yang memperjuangkan reformasi institusi demi memupuk kestabilan politik dan akauntabiliti sebagai aspirasi bersama kita pada masa negara kita mengemudi fasa pendemokrasian yang baru, dengan parlimen tergantung dan kerajaan campuran, dengan Ngeow Chow Ying sebagai konvenornya. Demi Malaysia, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.



Perutusan ini dicetus oleh projek Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA) iaitu inisiatif terkini untuk menyokong reformasi insitusi dalam naratif kestabilan dan kebolehpercayaan politik yang lebih besar, sebagai aspirasi bersama pada waktu negara ini memacu demokrasi sepanjang fasa parlimen yang tergantung dan kerajaan gabungan. Di Malaysia, kami berkongsi hala tuju yang sama.

Perutusan ini dibawakan bersama oleh:

Organisasi Masyarakat Sivil

1. Project - Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA)
2. Architect for Diversity (AOD)
3. Bait Al Amanah
4. Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih)
5. Centre for Electoral Education and Democracy (CEED)
6. Centre for Independent Journalism (CIJ)
7. Citizens Against Enforced Disappearances (CAGED)
8. Engage
9. IMAN Research
10. Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)
11. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
12. Lawyer Kamek
13. LLG Cultural Development Centre
14. Movement for Change Sarawak (MoCS)
15. Muslim Professionals Forum (MPF)
16. National Human Rights Society (HAKAM)
17. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
18. Pacos Trust
19. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
20. Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot)
21. Persatuan Penulis Berbilang Bahasa (PEN Malaysia)
22. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
23. Pusat Komas
24. Sabah Action Body Advocating Rights (SABAR)
25. Sarawak Dayak Iban Association
26. Saudara.org
27. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
28. Sisters in Islam (SIS)
29. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
30. The Sarawak Initiative (TSI)
31. Tindak Malaysia
32. Transparency International Malaysia (TI-M)
33. Workable Initiatives for Secularism, Decentralisation, Openness and Moderation (WISDOM) Foundation

Individu


(Semua individu yang disenarai menyepakati penyampaian mesej tahun baharu ini berdasarkan kapasiti peribadi. Afiliasi semasa atau terdahulu hanya untuk tujuan identifikasi)

1. Beverly Joeman, Supreme Council Member, Kadazan Society Sabah (KSS)
2. Brigadier-General (Retired) Dato' Mohamad Arshad Raji, past President, Patriot
3. Christopher Leong, past President, Malaysian Bar
4. Dashran Yohan, journalist
5. Dato’ Ambiga Sreenevasan, past President, Malaysian Bar
6. Dato’ Dennis Ignatius, former Malaysian Ambassador
7. Dato' Mah Weng Kwai, retired Judge, Court of Appeal
8. Dato’ Yeo Yang Poh, past President, Malaysian Bar
9. Datuk Dr Johan Ariffin Samad, former CEO, Institute for Development Studies (IDS), Sabah
10. Datuk John Tenewi Nuek, former Malaysian Ambassador
11. Datuk Kuthubul Zaman Bukhari, past President, Malaysian Bar
12. Dato' Seri Mohd Hishamudin Yunus, retired Judge, Court of Appeal
13. Datin Fazar Arif, founder, Pergerakan Wanita Empowerment Revolution (POW.ER)
14. Dr Alek Tuen, former Professor, University of Malaysia Sarawak (UNIMAS)
15. Dr Andrew Aeria, former Associate Professor, University of Malaysia Sarawak (UNIMAS)
16. Dr Cecilia Ng, independent consultant
17. Dr Edmund Terence Gomez, former Professor, University of Malaya (UM)
18. Dr Francis Loh Kok Wah, retired Professor, University of Science Malaysia (USM)
19. Dr Lim Teck Ghee, policy analyst
20. Dr Peter Songan, retired Professor, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
21. Dr Phoon Wing Keong, political scientist
22. Dr S. Munirah Alatas, former Visiting Professor, Indonesian International Islamic University (UIII)
23. Dr Toh Kin Woon, member, Board of Directors, Pusat Sejarah Rakyat
24. Derek John Fernandez, Councillor, Petaling Jaya City Councillor
25. Emeritus Professor Dato' Abdul Rahman Embong, IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
26. Emeritus Professor Datuk Shad Saleem Faruqi, University of Malaya (UM)
27. Faridah Tun Fuad Stephens, ex-publisher, Sabah
28. Iqbal Fatkhi, Editor-in-Chief, Cilisos Media
29. Jahabar Saddiq, Chief Editor, The Malaysian Insight
30. Jayanath Appudurai, former Director, National Science Centre
31. Jerald Joseph, former Commissioner, National Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam)
32. Lim Hong Siang, columnist
33. Maha Balakrishnan, parliamentary consultant and researcher
34. Malek Ali, founder, BFM
35. Martin Vengadesan, associate editor, Malaysiakini
36. Nadira Ilana, filmmaker
37. Professor Ahmad Fauzi Abdul Hamid, University of Science Malaysia (USM)
38. Professor Wong Chin Huat, political scientist
39. Professor Zaharom Nain, University of Nottingham in Malaysia
40. Richard YW Yeoh, former Member, National Electoral Reform Council (2012-16) & Electoral Reform Committee (2018-20), Prime Minister’s Department
41.Sharaad Kuttan, journalist
42. Stanley Yong, vice president, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall
(KLSCAH)
43. Steven Thiru, past President, Malaysian Bar
44. Tan Sri Bernard Dompok, former Chief Minister, Sabah
45.Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, former Secretary-General of Treasurer, Ministry
of Finance
46. Tan Sri Mohamad Ariff bin Md Yusof, former Speaker, Dewan Rakyat
47. Tan Sri Simon Sipaun, former Secretary of State, Sabah
48. Thomas Fann, former Chairperson, Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih)
49. Tang Ah Chai, President, Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur and Selangor
50. Yap Swee Seng, former Executive Director, Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih)
51. Zikri Kamarulzaman, Journalist