Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu rakyat Malaysia agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan mulai hari ini.
Muhyiddin menegaskan tujuan utama perintah itu dikeluarkan adalah mengelakkan penularan wabak tersebut, dan ia tidak akan berjaya jika pergerakan rakyat terutamanya pergerakan balik kampung berterusan.
"Saya sebutkan perkara ini kerana semalam ramai yang balik ke kampung. Saya lihat lebuhraya sesak dengan kenderaan menuju ke arah utara, selatan dan timur. Stesen bas juga sesak dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung.
"Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang.
"Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja," kata Muhyiddin menerusi satu perutusan khas yang disiarkan menerusi televisyen malam ini.
BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
Tambah Muhyiddin, orang ramai perlu memahami bahawa perintah yang dikeluarkan akan membantu memutuskan rantaian jangkitan, seterusnya mengurangkan jumlah pesakit.
"Tempoh kawalan dua minggu kerana COVID 19 mempunyai hayat inkubasi dua minggu.
"Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19," ujarnya.
Muhyiddin juga memaklumkan ada kemungkinan perintah kawalan dilanjutkan jika wabak itu tidak dapat dikawal dalam tempoh dua minggu ini.
"Saya ada tanggungjawab besar untuk menangani krisis yang sedang melanda negara kita. Tetapi saya tidak mungkin dapat melaksanakan tugas ini bersendirian. Saya memerlukan sokongan anda semua," tambah beliau.
Astro Awani
Wed Mar 18 2020

Tambah Muhyiddin, orang ramai perlu memahami bahawa perintah yang dikeluarkan akan membantu memutuskan rantaian jangkitan, seterusnya mengurangkan jumlah pesakit. - Foto Astro AWANI

Google Messages kini punyai 1 bilion pengguna dengan ciri RCS diaktifkan
Ciri RCS adalah kebolehan menghantar mesej yang diperkaya dengan pelbagai elemen baharu, dan bukan teks semata-mata seperti SMS.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila peniaga mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 795 mangsa banjir di empat PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
APEC 2023: Resilience, innovation & inclusivity
Impact investing in Malaysia with strategic approach
Prestasi semasa & unjuran FBM KLCI
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkongsi pandangan berkenaan prestasi semasa dan unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI.
Kertas Putih Gaji Progresif: Apa yang menarik?
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkongsi pandangan beliau berkenaan Kertas Putih Cadangan Gaji Progresif yang dibentangkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat pada Khamis.

Liverpool tunjuk taring di Liga Europa
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mengesahkan tempat teratas Kumpulan E hasil jaringan Gakpo dan gol daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah.

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Digital ID ialah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta.

Deepavali: Masyarakat disaran isi borang balik kampung, VSP
Orang ramai juga boleh memaklumkan pergerakan meninggalkan kediaman dan premis melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol.

38 PATI cuba balik kampung guna laluan haram dihukum penjara
Seramai 38 warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan memasuki Malaysia tanpa dokumen sah dan tinggal lebih masa.

Elak sesak, balik Kelantan ikut jalan Thailand
Perjalanan menuju sempadan Sungai Golok, Kelantan itu mengambil masa selama tiga jam 30 minit sahaja dari sempadan Ban Prakop, Thailand.

Tiket pengangkutan awam laris menjelang sambutan Aidiladha
Kira-kira 218,000 tiket bagi perjalanan ke seluruh Semenanjung Malaysia disediakan TBS dan setakat ini kira-kira 180,000 tiket telah terjual.

Aidiladha: Lebih sejuta kenderaan dijangka guna KLK bermula Selasa
Lebih sejuta kenderaan dari Lembah Klang dijangka keluar menerusi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bermula Selasa.

Tragedi balik kampung beraya: Kanak-kanak lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang pulang menyambut Aidilfitri di kampung datuknya di Kampung Sungai Limau, di sini, lemas ketika mandi di sungai berdekatan Pam Loji Sungai Limau pada Khamis.

Ingat isteri dan anak terjatuh, suami tertinggal pembonceng lepas 2 jam perjalanan balik raya
Kejadian tersebut berlaku beberapa hari lalu apabila pasangan suami isteri dan seorang anak mereka mahu pulang ke Kediri, Jawa Timur dari Jakarta.

Aidilfitri: Enam cara tingkat keselamatan, cegah kebakaran sebelum pulang berhari raya
Orang ramai harus mengutamakan langkah keselamatan kebakaran, agar tidak berdepan kerugian selepas meraikan perayaan bersama insan tersayang.

Trafik sesak di lebuh raya keluar Jakarta kerana mudik hari raya
Aliran trafik sesak mencapai kemuncak di Pulau Jawa pada Rabu ketika orang ramai mula 'mudik' atau balik kampung menjelang sambutan Hari Raya bermula Selasa.

Hati-hati, utamakan keselamatan ketika pulang ke kampung - Dr Wan Azizah
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihati orang ramai yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.