awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu kandung, bapa tiri ditahan kes dera kanak-kanak di Nilai
Pekerja ladang bebas tuduhan edar dadah lebih 77kg
PBB tuduh Israel amal dasar ‘aparteid’ di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perutusan khas PM sempena tahun baharu 9 malam ini

Bernama
Bernama
31/12/2021
09:02 MYT
Perutusan khas PM sempena tahun baharu 9 malam ini
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan perutusan khas sempena Tahun Baharu 2022 pada 9 malam ini. - Foto: Facebook Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan perutusan khas sempena Tahun Baharu 2022 pada 9 malam ini.
Menerusi poster yang dimuat naik di laman Facebook rasminya hari ini, perutusan khas itu akan disiarkan melalui saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, Astro Awani, TV3 dan TV Al Hijrah.
Selain itu, perutusan khas berkenaan juga boleh diikuti menerusi Facebook Live perdana menteri.
Ismail Sabri semalam dilaporkan berkata sambutan Tahun Baharu 2022 dibatalkan dan akan digantikan dengan solat hajat serta doa selamat sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan mangsa banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia.
Perdana Menteri berkata beliau telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia supaya menganjurkan solat hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022, di Masjid Putra, Putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Perutusan Khas
#tahun baharu
#Astro Awani
#Facebook Live
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan