Setelah masuk hari kedua Perhimpunan Agung Umno Jumaat, perbahasan anggota perwakilan mulai menonjolkan hujah senada amanat presiden parti ke arah membakar semangat jentera Umno untuk menampilkan Barisan Nasional sebagai pilihan terbaik rakyat.
Cuma adakalanya sukar menilai sama ada pembahas berjaya mengupas secara mendalam mesej penting yang terkandung dalam amanat Datuk Seri Najib Tun Razak semalam iaitu disiplin berorganisasi.
Sekurang-kurangnya seminggu sebelum perhimpunan, Najib sudah mula bercakap, melalui temubual dengan media arus perdana, tentang peri pentingnya disiplin berorganisasi sebagai penentu kejayaan parti pada pilihan raya akan datang.
Walaupun kelihatan garang bersiapsiaga menghadapi pilihan raya, beberapa anggota perwakilan banyak menceritakan masalah dan keadaan politik di negeri masing-masing selain menghujahkan kepincangan pembangkang.
Sememangnya Umno harus menceritakan kepincangan pembangkang bagi menyampaikan mesej kepada rakyat agar tidak membuat kesilapan kali kedua pada pilihan raya umum ke-13 nanti, namun ada baiknya jika melihat kaca cermin untuk mengenal pasti kesilapan lampau hingga dilanda tsunami 2008.
Mungkin pahit untuk mengakui kesilapan sendiri, tetapi Najib sendiri selaku ketua telah sedia memohon maaf bagi pihak parti atas kekhilafan lalu. Sepanjang hari ini, Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa berada di atas pentas bersama anggota Majlis Tertinggi yang lain mendengar dengan penuh minat hujah-hujah yang diutarakan pembahas.
Wakil dari Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Saibu dalam ucapan perbahasannya mengucapkan terima kasih kepada presiden parti kerana telah membuat rombakan dalam barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang dengan melantik anak muda Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN negeri bagi menggantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
"Ini adalah kali pertama dalam perhimpunan agung Umno, seorang perwakilan Umno berhujah mengenai isu kepimpinan parti komponen," kata Ketua Umno Bahagian Sik Datuk Mohamad Tajudin Abdullah.
Ketua Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman ketika ditemui berkata hujah dalam perbahasan sebenarnya tertumpu kepada pilihan raya umum dan disebabkan itu ramai anggota perwakilan menggunakan strategi serang dalam perhimpunan ini.
"Ini (mendedahkan keburukan pembangkang) bertujuan supaya rakyat dapat menilai apa yang pembangkang lakukan sebenarnya hanyalah merosakkan seperti kata presiden (Najib) ibarat tikus membaiki labu," kata beliau.
Wakil Selangor Abdul Shukur Idrus pula menarik perhatian dengan mengenengahkan singkatan K.A.T.A.K dalam perjuangan parti bagi memenangi pilihan raya akan datang.
Katanya, K.A.T.A.K iaitu singkatan "Kena Akur Tunjuk Ajar Ketua" adalah falsafah yang harus dipegang untuk menang PRU-13 dan ia bermaksud meminta semua anggota Umno supaya patuh kepada arahan ketua.
Setakat ini, belum ada anggota perwakilan yang meminta dan menggesa semua anggota parti menerima siapa sahaja bakal calon dan meminta semua ketua-ketua Umno Bahagian untuk akur dengan keputusan pucuk pimpinan memilih calon.
Wakil Terengganu Datuk Rosli Mat Hassan pula menawarkan kepakaran Umno Terengganu untuk berkongsi pengalaman bagaimana mereka merampas kembali negeri itu daripada PAS pada pilihan raya umum 2004.
Katanya muafakat dan kerja kuat anggota Umno negeri itu adalah antara faktor BN berjaya menguasai kembali Terengganu daripada PAS selepas hanya sepenggal parti pembangkang itu menerajui kerajaan negeri.
Bernama
Sat Dec 01 2012
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan Kelantan gesa PLSB Sungai Golok dikaji semula
Kerajaan Kelantan menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
Lelaki rempuh kenderaan Kastam, terjun keluar MPV
Seorang lelaki sanggup merempuh kenderaan kastam dan terjun daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) yang masih bergerak ketika cuba meloloskan diri bersama dadah bernilai RM3.5 juta di Pokok Sena.
Perwakilan laung mesej senada dengan Presiden Umno
Pembahas cuba mengupas secara mendalam mesej penting yang terkandung dalam amanat Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu iaitu disiplin berorganisasi.
Perhimpunan lubuk rezeki buat peniaga
Kesempatan inilah yang digunakan salah seorang peniaga, Johnny Jaswar untuk menampilkan produk yang sering dicari setiap kali perhimpunan berlangsung iaitu songkok dan samping songket.