awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit cacar monyet lari dari Thailand dijumpai di Kemboja

Bernama
Bernama
24/07/2022
04:38 MYT
Pesakit cacar monyet lari dari Thailand dijumpai di Kemboja
Lelaki yang tinggal melebihi tempoh di Thailand itu disahkan dijangkiti cacar monyet di pusat peranginan Phuket pada 18 Julai lalu. - Gambar hiasan
BANGKOK: Pesakit cacar monyet pertama Thailand yang menghilangkan diri dari pusat peranginan Phuket telah dijumpai di Phnom Penh pada Sabtu.
Kementerian Kesihatan Kemboja memaklumkan lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan, lapor Khmer Times.
Lelaki itu dijumpai di sebuah rumah tetamu di Phnom Penh.
Dia telah dihantar ke Hospital Persahabatan Khmer-Soviet untuk memerima rawatan pada petang Sabtu.
Kementerian Kesihatan Kemboja menggesa orang ramai yang pernah berhubung secara langsung dengan lelaki itu untuk mengasingkan diri dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
Lelaki itu, yang tinggal melebihi tempoh di Thailand, disahkan dijangkiti cacar monyet di pusat peranginan Phuket pada 18 Julai lalu.
Dia melarikan diri selepas dimaklumkan tentang keputusan ujian awal pada 18 Julai.
Pihak berkuasa telah melancarkan gerakan menjejaki lelaki itu dan isyarat telefon bimbitnya dikesan di wilayah timur laut bersempadan dengan Kemboja pada Sabtu.
Pada Sabtu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#Thailand
#menghilangkan diri
#warga Nigeria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan