awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit COVID-19 lari dari Hospital Tampin

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
31/12/2020
02:50 MYT
Pesakit COVID-19 lari dari Hospital Tampin
Kali terakhir dilihat Gunasegaran memakai pakaian jenis kemeja-t berwarna hijau dan seluar jeans warna biru. - Foto PDRM
TAMPIN:Polis sedang mengesan seorang lelaki pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Anuwal Ab Wahab berkata, pesakit berkenaan, M Gunasegaran, 33 tahun, disedari hilang kira-kira jam 11.45 pagi.
“Pesakit telah dimasukkan ke Wad COVID-19 (Wad 2c) Hospital Tampin pada Selasa lalu selepas disahkan positif.
“Bagaimanapun, pesakit dikatakan hilang sebelum ketua jururawat memaklumkannya kepada penyelia hospital dan menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Anuwal berkata, pesakit yang beralamat di Seri Kembangan, Selangor itu juga merupakan bekas banduan Penjara Jelebu.
“Kali terakhir dilihat lelaki itu memakai pakaian jenis kemeja-t berwarna hijau dan seluar jeans warna biru.
“Usaha mengesan pesakit tersebut sedang giat dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin dan kerjasama serta maklumat daripada orang awam adalah diperlukan,” tambahnya.
Orang ramai yang mengesan atau terjumpa pesakit berkenaan, sila hubungi mana-mana balai polis berhampiran ataupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#penjara
#lelaki
#COVID-19
#hilang
#Hospital Tampin
#bekas banduan
#pesakit
#melarikan diri
#Penjara Jelebu
#IPD Tampin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan