KUALA LUMPUR: Pesakit gout dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sendiri cecair asid urik daripada tophi atau benjolan yang terbentuk di bawah lapisan kulit kerana boleh menyebabkan risiko jangkitan kuman sehingga boleh mengancam nyawa.
Doktor Perubatan Am Klinik Syifa Dr Diyana Ahmad berkata tindakan berkenaan, yang kadang kala dilakukan dengan cara membuat belahan atau menebuk pada benjolan sendi bagi mengeluarkan cecair kapur (hablur kristal) oleh pesakit dan individu yang tidak mendapat tauliah perubatan, adalah berbahaya.
"Tindakan ini boleh mendatangkan risiko mendapat jangkitan, ada jangkitan pada sendi lagi bahaya, sebab kena buat pembedahan, jangkitan itu boleh membahayakan nyawa, boleh buat jadi sepsis satu badan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia dengan tajuk 'Serangan Gout dan Langkah Pencegahannya' di Bernama.
Beliau berkata kebiasaanya pakar perubatan hanya akan melakukan pembedahan bagi membuang tophi terutamanya jika dijangkiti kuman, namun ia dilakukan dengan cara yang selamat, bersih dan mengikut prosedur rawatan sepatutnya.
Dr Diyana berkata jika seseorang pesakit mahu benjolan berkenaan mengecil, mereka perlulah berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan bersesuaian untuk memastikan kandungan asid urik dalam darah berada di bawah bacaan 300 micromol.
Beliau berkata, gout terjadi berikutan asid urik berlebihan terkumpul di dalam badan hingga membuatkan bahagian sendi seperti jari, buku lali dan lutut membengkak, antara lain disebabkan oleh faktor pemakanan.
Sebagai langkah pencegahan penyakit kronik termasuk gout, Dr Diyana berkata seseorang individu disaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat, diet seimbang, melakukan saringan kesihatan, mengekalkan berat badan ideal dan menjauhi tabiat merokok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Gout terjadi berikutan asid urik berlebihan terkumpul di dalam badan hingga membuatkan bahagian sendi seperti jari, buku lali dan lutut membengkak.- Gambar hiasan/Freepik
KPT perlukan usaha sama berterusan kerajaan negeri tingkat kualiti pendidikan tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempunyai perancangan jangka panjang dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara dan memerlukan usaha sama berterusan pihak kerajaan negeri.
SPRM hubungi CPIB Singapura dapatkan maklumat dalang kes kontena terbang
SPRM telah menghubungi CPIB Singapura dalam usaha menjejak seorang warganegara berkenaan yang disyaki dalang utama kes "kontena terbang".
Kerajaan tubuh pasukan petugas untuk selaras pembangunan Taman Perindustrian Halal
Kerajaan telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi menyelaras pembangunan Taman Perindustrian Halal serta mengenal pasti kekangan yang dihadapi kerajaan negeri dalam membangunkan kawasan berkenaan di
Dasar Peralihan Tenaga Sarawak libatkan kerjasama dengan negara lain - Abang Johari
Abang Johari berkata SET-P, satu lagi pelan hala tuju ke arah tenaga hijau bagi memastikan masa depan yang mampan, bersih dan makmur, akan melibatkan kerjasama dengan negara lain.
Tiga anggota Balai Polis Pulau Tikus ditahan
Polis Pulau Pinang hari ini mengesahkan penahanan tiga anggotanya yang bertugas di Balai Polis Pulau Tikus bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku, Jumaat Lepas.
Walau tanpa pemain utama, Harimau Malaya mampu raih kemenangan besar - Pan Gon
Walau turun tanpa beberapa pemain, Malaysia masih mampu melakar kemenangan besar ke atas Taiwan dalam perlawanan terakhir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Tumpuan Selasa – 11 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (10 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 'Yat Tex Garage' sewa satu panggung wayang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel
MyCC menyatakan komitmen untuk memastikan amalan pasaran yang kompetitif dan bebas kartel susulan pelaksanaan subsidi diesel bersasar di Semenanjung Malaysia yang berkuat kuasa hari ini.
Pesakit gout disaran elak toreh, tebuk sendiri benjolan gout
Pesakit gout dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sendiri cecair asid urik daripada tophi atau benjolan yang terbentuk di bawah lapisan kulit.
Hormati pemergian Haziq, jangan buat spekulasi - Reezal
Semua pihak diminta menghormati pemergian atlet memanah negara, Haziq Kamaruddin dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematiannya hari ini.
Lelaki meninggal dunia ketika aktiviti berbasikal
Kira-kira jam 5.50 petang, pengadu yang juga adik si mati mendapati abangnya telah terbaring tidak sedarkan diri di tepi jalan.
Amalkan lima petua ini jika anda menghidap penyakit gout
Terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkkan diri anda daripada diserang penyakit tersebut.
Bekas jurugambar derita gout kronik, sakit buah pinggang
Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah gambaran nasib yang menimpa bekas jurugambar Utusan Malaysia, Azlan Bahrum yang berusia 36 tahun.
Gara-gara gout Ahmad Dhani derita dalam penjara
Kerana penyakit gout kembali menyerang, artis terkenal Indonesia, Ahmad Dhani sukar berjalan dan dilaporkan sedang menderita dalam penjara.