awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit spina bifida digalakkan menyertai SiBIAM

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
11/02/2023
23:00 MYT
Pesakit spina bifida digalakkan menyertai SiBIAM
Dr Amara ketika ditemui di Program Hari Kesedaran SiBIAM dengan kerjasama Jabatan Perubatan Rehabilitasi & Jabatan Pediatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Sabtu. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Kekurangan tahap kesedaran berkaitan penyakit spina bifida atau kelainan tabung saraf yang terjadi saat kelahiran menyebabkan ibu bapa tidak mendaftarkan anak mereka di bawah Persatuan Spina Bifida Malaysia (SIBIAM).
Presidennya Prof Dr Amara Naicker Naysaduray berkata setakat ini kira-kira 100 pesakit yang mendaftar di seluruh negara dan jumlah itu hanya sebahagian kecil sahaja daripada jumlah sebenar.
Menurut Prof Dr Amara, mengikut kajian yang dijalankan, kadar penemuan penyakit itu dianggarkan 0.43 hingga 1.8 peratus daripada setiap 1,000 kelahiran bayi.
"Spina bifida adalah satu keadaan di mana tulang belakang tidak tertutup semasa lahir jadi kandungannya saraf tunjang sering kali tonjol keluar dan akibat itu kanak-kanak itu akan mengalami kelumpuhan di kedua-dua kaki.
"Ini boleh juga menyebabkan masalah kepada buah pinggang, pundi kencing dan kawalan usus.
"Mereka juga akan alami masalah kecacatan pada anggota kaki mereka," jelasnya.
Beliau berkata pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan segala maklumat berkenaan penyakit itu dapat disampaikan kepada golongan sasar termasuk mengadakan kempen kesedaran dan turun padang ke kawasan pendalaman.
Dalam pada itu SIBIAM turut menggalakkan lebih ramai keluarga atau pesakit spina bifida mendaftar sebagai ahli persatuan tersebut bagi membantu kemudahan rawatan dan sokongan moral.
Topic Berkaitan
#SIBIAM
#spina bifida
#Kesedaran
#Amara Naicker Naysaduray
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan