Menteri Kesihatan Datuk Dr. S. Subramaniam telah mengesahkan bahawa wanita warganegara Brunei yang melarikan diri dari Hospital Miri bebas daripada jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS), tidak seperti yang dilaporkan pada awalnya.
Pengesahan itu telah diumumkan melalui akaun Twitter rasmi Bernama:
Sebelum ini, terdapat laporan mengenai polis Miri mencari seorang wanita warganegara Brunei yang melarikan diri dari Hospital Miri selepas disyaki dijangkiti MERS pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata, wanita berusia 76 tahun itu dimasukkan ke Hospital Miri pada pukul 9.05 pagi pada 12 Jun lepas kerana disyaki menghidap penyakit berkenaan setelah menunaikan umrah di Mekah pada 10 hingga 22 Mei lepas.
"Pesakit itu ditahan di Hospital Miri kerana masih menunggu keputusan ujian kahak dan sampel berkaitan daripada pesakit," katanya.
Gan berkata pada pukul 3.10 petang hari yang sama, keluarga pesakit itu memohon untuk membawa keluar pesakit namun doktor yang merawat tidak membenarkan kerana risiko kesihatan.
Beliau berkata, doktor di Hospital Miri turut dimaklumkan bahawa Hospital Brunei enggan menerima pesakit itu menyebabkan keluarga pesakit berkenaan marah dan bertindak agresif.
Beliau berkata pesakit berkenaan dibawa keluar dari Hospital Miri pada hari yang sama oleh keluarganya tanpa kebenaran doktor pada 7.12 malam.
Beliau berkata, seorang jururawat hospital berkenaan membuat laporan polis pada pukul 4.09 petang semalam dan Kementerian Kesihatan telah dimaklumkan mengenai perkara itu.
"Setakat ini, kita masih lagi mencari pesakit itu," katanya sambil menambah orang ramai tidak perlu panik kerana pesakit hanya disyaki dijangkiti virus itu sahaja.
Bernama difahamkan Jabatan Imigresen turut dimaklumkan mengenai hal itu dan diminta melaporkan segera dengan Jabatan Kesihatan sekiranya pesakit itu ditemui.
Bernama
Sun Jun 14 2015
Wanita berusia 76 tahun itu dimasukkan ke Hospital Miri pada pukul 9.05 pagi pada 12 Jun lepas kerana disyaki menghidap penyakit berkenaan setelah menunaikan umrah di Mekah pada 10 hingga 22 Mei lepas. -
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Warga asing didenda seludup minuman beralkohol di Brunei
Pegawai kastam Brunei telah menahan sebuah kenderaan untuk pemeriksaan pada Rabu dan menemukan 192 tin minuman beralkohol.
Festival Makanan Malaysia 2024 tawar hidangan pelbagai rasa, diplomasi budaya ke Brunei
Festival Makanan bertujuan untuk mempromosikan masakan Malaysia kepada masyarakat Brunei dan mengukuhkan diplomasi budaya.
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Agong, Raja Permaisuri berkenan bertemu rakyat Malaysia di Brunei
Kira-kira 300 diaspora Malaysia hadir dalam majlis berkenaan antaranya ahli perniagaan, Persatuan Warganegara Malaysia dan Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia.
Agong tiba di Brunei untuk lawatan negara tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Bandar Seri Begawan bagi memulakan lawatan negara ke Brunei selama tiga hari bermula hari ini.
Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.
Agong, Permaisuri adakan lawatan negara ke Brunei esok
Kunjungan itu merupakan lawatan negara pertama Seri Paduka Baginda ke Brunei sejak menaiki takhta pada 31 Jan 2024.
Tiada isu warga Brunei beli diesel di Sarawak - Armizan
Rakyat negara itu boleh mengisi penuh bahan api itu ke dalam tangki kenderaan mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi melebihi radius 30 kilometer (km) dari sempadan Malaysia-Brunei.
PM Anwar lawat Brunei sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Brunei dari 25 hingga 26 Ogos bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan (ACL) ke-25 antara Malaysia dan Brunei.