Pemandu yang didapati melakukan kesalahan seperti menggunakan lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar semasa Op Selamat sempena Tahun Baru Cina 2017 dari 21 Jan hingga 5 Feb ini akan dihadapkan ke mahkamah.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tiada kompaun akan dikeluarkan bagi kesalahan seumpama itu pada Op Selamat berkenaan yang menggunakan slogan 'Pandu Cermat Sampai Selamat'.
"Saya bagi amaran awal, jangan nanti kata kita tak bagi amaran," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menyalakan tanglung dan persembahan gendang sempena sambutan Tahun Baru Cina 2017 di sini pada Sabtu.
Beliau menarik perhatian bahawa ini kali kedua pesalah jalan raya bakal berdepan tindakan mahkamah selepas ia dilaksanakan buat kali pertama pada Op Selamat Aidilfitri tahun lalu.
"Pengguna jalan raya digesa supaya bersama kerajaan dalam usaha mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya sepanjang musim perayaan ini. Ia bukan tanggungjawab kerajaan dan pihak berkuasa sahaja," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2017
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tiada kompaun akan dikeluarkan bagi kesalahan seumpama itu pada Op Selamat berkenaan yang menggunakan slogan 'Pandu Cermat Sampai Selamat'. -Gambar fail
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Pesalah trafik pada Op Selamat berdepan tindakan mahkamah - Liow
Liow Tiong Lai berkata tiada kompaun akan dikeluarkan bagi kesalahan seumpama itu pada Op Selamat berkenaan yang menggunakan slogan 'Pandu Cermat Sampai Selamat'.
Halang laluan ambulans di lorong kecemasan, 23 pemandu didakwa
Majistret menjatuhkan hukuman denda antara RM1,000 hingga RM2,000 kepada 20 tertuduh serta penjara sebulan hingga dua bulan sekiranya gagal membayar denda.
JPJ buru pemandu guna lorong kecemasan halang ambulans Ahad lepas
JPJ memandang serius perbuatan menggunakan lorong kecemasan sehingga menjadi punca ambulans itu lewat tiba di lokasi kemalangan berhampiran susur keluar Simpang Ampat.