awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara bank rugi RM1.44 juta akibat terperdaya 'phone scam'

Bernama
Bernama
16/09/2024
11:09 MYT
Pesara bank rugi RM1.44 juta akibat terperdaya 'phone scam'
Mangsa diperdaya selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai 'pegawai MCMC'.
IPOH: Seorang pesara bank kerugian lebih RM1.44 juta selepas terperdaya dengan sindiket penipuan melalui panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata wanita berusia 65 tahun dan menetap di Taiping itu mula diperdaya selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai terbabit, 11 Ogos lepas.
"Suspek memberitahu mangsa bahawa kad bank beliau terlibat dengan kegiatan pengubahan wang haram, sebelum panggilan disambungkan kepada seorang lelaki (suspek kedua) yang memperkenalkan diri sebagai 'Sarjan Rabbani' kononnya boleh menyelesaikan kes berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata rentetan itu, wanita berkenaan telah dihubungi dua lagi individu yang mengaku pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.
Wanita itu katanya telah diarahkan membuka tiga akaun bank berbeza untuk tujuan pindahan wang ke akaun sendiri.
"Mangsa telah diarahkan meninggalkan kad mesin juruwang automatik (ATM) ketiga-tiga bank berkenaan yang dimasukkan dalam sampul surat di atas rumput di alamat seperti diarahkan.
"Tindakan itu dikatakan bagi tujuan siasatan dan suspek berjanji akan mengembalikan wang mangsa setelah siasatan selesai," katanya.
Azizi berkata wanita itu ada menerima mesej pengeluaran wang bermula 23 Ogos hingga 11 Sept dan setelah membuat semakan melalui penyata ketiga-tiga bank berkenaan, dia mendapati telah kerugian RM1,440,969.83.
Wanita terbabit yang mengesyaki dirinya ditipu membuat laporan polis petang semalam dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#phone scam
#sindiket penipuan
#mangsa kerugian
#panggilan telefon
#penyamaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan