awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara JPJ ditahan disyaki jual lesen, kad pengenalan palsu

Bernama
Bernama
12/08/2015
23:22 MYT
Pesara JPJ ditahan disyaki jual lesen, kad pengenalan palsu
MAZLAN: Daripada siasatan awal polis mendapati aktiviti pemalsuan dokumen itu dilakukan di sebuah bilik khas di rumah suspek. - Gambar Fail
Seorang pesara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan polis kerana dipercayai menjual lesen memandu dan kad pengenalan palsu, yang dihasilkannya hampir 90 peratus menyerupai dokumen asal.
Pesara berusia 57 tahun itu, ditahan dalam satu serbuan dinamakan Ops Lejang di kediamannya di Jalan Binjai, Mulong di sini, pada 2 Ogos lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata polis memandang serius kes itu kerana aktiviti jenayah itu membahayakan dan mengancam keselamatan negara.
"Daripada siasatan awal mendapati aktiviti pemalsuan dokumen itu dilakukan di sebuah bilik khas di rumah suspek tanpa diketahui anggota keluarganya.
"Kami percaya aktiviti tersebut dilakukan berdasarkan latar belakang pekerjaan suspek yang mempunyai kemahiran dan kenalan untuk kegiatan tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Rabu.
Mazlan berkata polis turut merampas pelbagai peralatan termasuk enam buah komputer riba, mesin cetak, mesin pengimbas dan cop bertulis pengarah keselamatan dan kesihatan negeri Kelantan.
Selain itu, polis turut merampas 13 lesen memandu dan tiga kad pengenalan palsu serta 61 keping kad yang belum dicetak.
Beliau berkata polis telah menahan reman pesara itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Pihaknya kini sedang menjejaki pelanggan yang telah mendapatkan dokumen palsu berkenaan daripada pesara itu, tambahnya.
Topic Berkaitan
#JPJ
#Kad pengenalan palsu
#lesen palsu
#Mykad palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan