awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara jururawat rugi lebih RM111,000 ditipu individu menyamar sebagai penjawat awam

Bernama
Bernama
05/06/2025
04:46 MYT
Pesara jururawat rugi lebih RM111,000 ditipu individu menyamar sebagai penjawat awam
Ketua Polis Pahang Datuk Sri Yahaya Othman berkata mangsa wanita berusia 72 tahun, menerima panggilan daripada individu menyamar sebagai wakil MCMC pada 29 Mei. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Seorang pesara jururawat kerugian lebih RM111,000 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ringkasan AI
  • Modus operandi penipuan: Mangsa menerima panggilan daripada individu menyamar sebagai pegawai MCMC dan polis, mendakwa akaunnya menerima RM210,000 daripada suspek pengubahan wang haram.
  • Penyerahan kad bank dan PIN: Mangsa diarahkan menyerahkan semua kad bank miliknya bersama nombor PIN dengan meletakkannya dalam bungkusan di hadapan rumah untuk diambil oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis.
  • Kerugian besar dan amaran pihak berkuasa: Mangsa menyedari ditipu selepas mendapati wang simpanannya sebanyak RM111,044.64 telah lesap.

Ketua Polis Pahang Datuk Sri Yahaya Othman berkata mangsa wanita berusia 72 tahun, menerima panggilan daripada individu menyamar sebagai wakil MCMC pada 29 Mei, yang mendakwa seorang suspek pengubahan wang haram bernama ''Ong We Kiat'' telah memasukkan RM210,000 ke dalam akaunnya.
"Panggilan tersebut kemudiannya disambungkan kepada seorang individu lain yang menyamar sebagai ''Inspektor Zamri' dari Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, yang mengarahkan mangsa menyerahkan semua kad bank miliknya serta tidak membenarkannya memaklumkan perkara itu kepada sesiapa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa telah menyerahkan kad bank berserta nombor PIN dengan meletakkannya dalam bungkusan di hadapan halaman rumah untuk diambil oleh individu yang kononnya anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.
Beliau berkata mangsa menyedari ditipu selepas membuat semakan di bank dan mendapati baki wang simpanannya berjumlah RM111,044.64 telah lesap.
Sementara itu, Yahaya menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan agar segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.
"Masyarakat juga diingatkan sentiasa peka terhadap trend penipuan dalam talian terkini kerana modus operandi penjenayah sentiasa berubah dan semakin canggih, terutama dengan perkembangan teknologi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesara jururawat
#kerugian
#menyamar polis
#pegawai MCMC
#Polis Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami