Pesara kerajaan rugi RM3.07 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud

Polis Johor mengesahkan laporan dibuat pada 24 Okt dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.
JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan seorang pesara kerajaan kerugian RM3.07 juta selepas terperdaya dengan iklan pelaburan saham tidak wujud dalam talian pada Julai lepas.
Ringkasan AI
- Seorang pesara kerajaan wanita berusia 62 tahun kerugian RM3.07 juta selepas terperdaya dengan iklan pelaburan saham tidak wujud yang dilihat di media sosial pada Julai lalu.
- Mangsa membuat 29 transaksi ke enam akaun bank berbeza antara 19 Ogos hingga 15 Okt selepas diarahkan suspek, sebelum menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan wang pelaburan dan tidak dapat menghubungi suspek.
- Polis Johor mengesahkan laporan dibuat pada 24 Okt dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.
"Mangsa yang percaya dengan keuntungan segera dijanjikan kemudiannya membuat 29 transaksi pindahan wang berjumlah RM3,070,443 ke enam akaun bank berbeza atas arahan suspek, antara 19 Ogos hingga 15 Okt lepas.
"Mangsa bagaimanapun mengesyaki telah diperdaya apabila gagal membuat pengeluaran wang pelaburan melalui aplikasi yang diberikan dan suspek gagal dihubungi, sebelum dia membuat laporan polis pada 24 Okt lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ab Rahaman berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


