[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Pesara polis cedera kereta terbabas rempuh kedai makan

Bernama 02/06/2025 | 14:00 MYT
Seorang pesara polis cedera di kepala selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas, sebelum merempuh sebuah kedai makan di Jalan Pantai Belimbing, Durian Tunggal hari ini. - Foto PDRM/via Sinar Harian
ALOR GAJAH: Seorang pesara polis cedera di kepala selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas, sebelum merempuh sebuah kedai makan di Jalan Pantai Belimbing, Durian Tunggal di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata mangsa Md Nor Md Shah, 80, mengalami bengkak di kepala akibat kemalangan itu, manakala sebahagian anjung kedai makan yang terletak di bahu jalan itu pula runtuh dalam kejadian pada 2.55 petang.

"Hasil siasatan mendapati warga emas itu dalam perjalanan dari Pulau Sebang ke Taman Melaka Perdana, sebelum kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan dan terbabas.

"Bagaimanapun tiada pelanggan berada di kedai makan itu ketika kejadian berlaku dan mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

-- BERNAMA



#pesara polis #Polis Daerah Alor Gajah #Jalan Pantai Belimbing #terbabas